Institusi masjid diharap menjadi platform penyelesai kepada cabaran-cabaran yang berlaku dalam masyarakat sama ada dalam isu keruntuhan akidah, moral dan sebagainya.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bertitah, masjid tidak boleh dijadikan sekadar simbol tetapi menjadi sumber kepada kemajuan dan penentu hala tuju masa depan umat Islam di negara ini.
"Kepada sekalian umat Islam di negara ini, teruskanlah usaha murni mengimarahkan masjid dengan pelbagai program yang sesuai dengan keperluan semasa.
"Beta juga berharap agar institusi masjid dapat berperanan sebagai benteng kepada perpecahan dan permusuhan daripada berlaku dalam masyarakat," titah baginda sempena Majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas Masjid Negara di sini hari ini.
Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama isteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Masjid Negara dibina pada tahun 1963 dan dirasmikan pada 27 Ogos 1965 oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong ketiga iaitu Almarhum Tuanku Syed Harun Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail.
Masjid ini merupakan lambang keagungan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia dan merupakan simbol bagi Malaysia yang baru dibentuk ketika itu.
Masjid Negara juga diiktiraf sebagai masjid yang paling utama sekali gus menjadi lambang perpaduan rakyat yang berbilang agama.
Ia juga lokasi utama Sambutan Majlis Rasmi Agama Islam di peringkat kebangsaan seperti Sambutan Maal Hijrah, Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Pahlawan.
Dalam pada itu titah baginda, Kerajaan dan rakyat perlu sentiasa menjaga kedudukan serta kesucian Masjid Negara sebagai warisan negara.
"Memandangkan Masjid Negara telah terkenal di seluruh dunia maka sewajarnya ia sentiasa diurus berdasarkan model pengurusan yang cemerlang dan boleh dijadikan contoh oleh semua masjid di negara ini," titah baginda.
Pada majlis sama, Masjid Negara turut melancarkan Wang Syiling Peringatan Jubli Emas Masjid Negara dengan nilai RM1,908 bagi syiling emas, RM212 bagi syiling perak RM10.60 bagi syiling nordic.
Selain itu dilancarkan setem khas juga dijual dengan harga 70 sen, 80 sen dan RM1.
Pembelian boleh dibuat di gerai Bank Negara dan Pos Malaysia yang terdapat di pekarangan Masjid Negara sepanjang karnival berlangsung.
Orang ramai turut berpeluang mengunjungi lebih 50 gerai yang terdapat pada karnival itu yang menyediakan pelbagai jualan, perkhidmatan dan pameran.
Dalam pada itu, terdapat pelbagai aktiviti yang dilangsungkan di kawasan pameran sepanjang karnival ini berlangsung.
Antaranya antaranya Forum Perdana Khas bertajuk ‘rapatkan saf’ dan Slot Klinik Agama oleh Ustaz Heryanto.
Wan Syamsul Amly
Thu Aug 27 2015
TUANKU ABDUL HALIM: Kepada sekalian umat Islam di negara ini, teruskanlah usaha murni mengimarahkan masjid dengan pelbagai program yang sesuai dengan keperluan semasa.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja hari ini memilih Agong ke-17
Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja akan berlangsung hari ini bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Agong zahir ucapan Selamat Hari Polis ke-216, hargai pengorbanan warga PDRM
Seri Paduka turut menyanjungi dan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pesara PDRM atas pengorbanan yang dicurahkan.
Pasca PRU15: Seruan Agong, MRR usaha untuk masyarakat lebih bersatu - Lee Lam Thye
Rakyat perlu memberi respons yang sama dengan cara menzahirkan sokongan terhadap kerajaan perpaduan.
Pasca PRU15: Pejabat Anwar terus jadi tumpuan media
Teka-teki siapa bakal menjadi Perdana Menteri ke-10 terus menjadi tanda tanya.
Pasca PRU15: GPS serah kepada Agong lantik PM baharu
GPS menegaskan bahawa kepentingan negara adalah lebih diutamakan dan penubuhan kerajaan yang stabil mengambil kira kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi.
Pandangan Tommy Thomas langgar Perlembagaan Persekutuan
Negara mengalami Parlimen tergantung di atas keputusan sah dan mandat rakyat yang diberi di PRU15 pada 19 November lalu.
Tindakan 12 menteri PN hantar surat kepada Agong disifatkan tidak wajar
Tindakan 12 menteri itu secara tidak langsung melambangkan ketidakpercayaan mereka terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri.
Penyokong Najib serah memorandum mohon pengampunan Agong
Kira-kira 300 penyokong bekas Perdana Menteri itu diketuai oleh Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia berkumpul di hadapan Istana Negara untuk menyerahkan memorandum berkenaan.
Agong, Raja Permaisuri berkenan rasmi Nicol David Organisation
Seri Paduka berdua turut berkenan beramah mesra dengan kanak-kanak yang menyertai program utama NDO, 'Little Legends'.