awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jadilah pemilik haiwan yang bertanggungjawab!

Rohana Wahed
Rohana Wahed
25/08/2018
08:53 MYT
Jadilah pemilik haiwan yang bertanggungjawab!
Untuk membela atau memelihara anjing memerlukan komitmen jangka panjang dan bertanggungjawab. Sebagai contoh memberikan vaksin. - Gambar hiasan
Jadilah pemilik haiwan peliharaan yang bertanggungjawab. Usah terhantuk baharu terngadah.
Itu pesanan Pegawai Veterinar Sarawak, Dr Jackie Peter yang mengetuai program pemvaksinan antirabies di Kuching hari ini.
Beliau mengingatkan pemilik anjing agar lebih bertanggungjawab dalam memelihara haiwan kesayangan dan memastikan haiwan itu diberikann suntikan antirabies, berikutan penularan wabak itu di Sarawak.
"Untuk membela atau memelihara anjing memerlukan komitmen jangka panjang dan bertanggungjawab. Sebagai contoh memberikan vaksin.
"Vaksin ada banyak, oleh itu kita perlu mendapatkan vaksin teras dulu diikuti dengan vaksin rabies," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Sabtu.
Menurutnya, setakat ini bekalan vaksin antirabies di Sarawak mencukupi dan melalui program vaksinasi besar-besaran di Kuching hari ini, sebanyak 1,500 vaksin disediakan.
Setakat ini, katanya sebanyak 74,298 program pemvaksinan percuma telah dijalankan ke atas haiwan seperti anjing, kucing, kera dan kelawar di Sarawak.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 184 sampel didapati positif dijangkiti wabak tersebut.
"Malah tahap kesedaran masyarakat mengenai bahaya wabak tersebut telah meningkat dengan kehadiran dan sambutan menggalakkan semasa kempen pemvaksinan," katanya.
Di Sarawak, Rabies Encephalitis telah mengorbankan 13 nyawa manusia, sejak Jun tahun lalu.
Topic Berkaitan
#anjing
#antirabies
#Dr Jackie Peter
#haiwan
#Kuching
#kucing
#Pegawai Veterinar Sarawak
#rabies
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan