"Jaga baik-baik anak cucu kita."
Ungkapan ini tidak lekang daripada bibir Allahyarham Tan Sri Abdul Aziz Tapa setiap kali beliau bertemu dengan anggota UMNO serta media, termasuk penulis.
Anak cucu yang dimaksudkan ahli politik veteran, yang kembali ke rahmatullah pada 4 Oktober lepas dalam usia 93 tahun, ialah generasi muda Melayu.
Bagi penulis, apa yang dipesan oleh Allahyarham itu jelas menunjukkan betapa sayangnya beliau kepada generasi muda serta semangatnya yang masih kental memperjuangkan nasib bangsa Melayu.
Penulis sendiri berasa bangga dapat berdampingan dengan tokoh politik hebat ini serta mendengar sendiri pelbagai kisah pahit manis perjuangannya.
Pada penghujung usianya, beliau ternyata begitu risau dengan nasib generasi muda Melayu pada masa akan datang.
Apa yang diperjuangkan oleh Abdul Aziz serta generasinya dahulu telah membuahkan hasil yang kita sedang nikmati, berada di sebuah negara yang aman merdeka dengan pelbagai kemudahan untuk hidup yang selesa.
Namun, apakah semuanya itu dapat dinikmati anak cucu bangsa Melayu pada masa akan datang seandainya mereka hilang pegangan kuasa?
DAMPINGI GENERASI MUDA
Perjuangan tanpa mengenal erti penat dan lelah Abdul Aziz demi kepentingan bangsa Melayu serta generasi mudanya turut diakui Tan Sri Mohd Ali Rustam, mantan Ketua Menteri Melaka serta anggota Dewan Negara.
Mohd Ali adalah seorang daripada anak didik Abdul Aziz.
Menurut Mohd Ali, Abdul Aziz amat rapat dengan golongan muda dan sentiasa menjaga kebajikan serta keperluan golongan itu.
Malah ketika Mohd Ali aktif dalam Gerakan Belia 4B sekitar tahun 70-an, Abdul Aziz adalah antara pemimpin yang banyak membantunya.
"Dahulu hendak cari derma untuk persatuan belia kita agak sukar tetapi Allahyarham paling suka derma kepada kita. Biasanya beliau bagi RM50 tapi pada masa itu jumlah itu agak besar," katanya yang juga mantan naib presiden UMNO.
Mohd Ali, yang kini menyandang jawatan Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) berkata Abdul Aziz juga selalu menyebut mengenai perlunya negara sentiasa aman bagi membolehkan anak cucu yakni generasi muda dapat hidup dengan selesa pada masa hadapan.
"Pesan beliau, jaga parti UMNO baik-baik kerana ini sahajalah kita ada untuk mempertahankan nasib orang Melayu, pastikan kedudukan dan hak orang Melayu sentiasa dibela," katanya.
Beliau berkata apa yang paling dirinduinya ialah seloka pantun, bidalan dan gurindam daripada Abdul Aziz yang boleh menyampaikan teguran tajam melalui kelembutan bahasanya terutama ketika Perhimpunan Agung UMNO.
MENDAKAP MELAYU DAN UMNO
Anak kedua Abdul Aziz iaitu Mohd Azam, 65, berkata mungkin ramai yang berasa hairan apabila diberitahu bahawa Abdul Aziz masih bersemangat mempertahankan orang Melayu dan UMNO walaupun dirinya semakin dimamah usia.
"Malah sekitar seminggu lepas (sebelum menghembuskan nafas yang terakhir) ada kira-kira 30 bekas Ketua Pemuda Umno dari seluruh negara datang bertemu beliau di rumah untuk bercerita tentang UMNO serta orang Melayu.
"Amanat beliau sampaikan ketika itu ialah anggota Umno mesti setia kepada pemimpin serta parti UMNO. Apa jadi sekalipun jangan lepaskan kerana untuk orang Melayu, inilah sahaja yang tinggal, tinggal kuasa untuk jaga anak cucu kita," kata Mohd Azam.
Menurut beliau, Allahyarham ayahnya banyak menghabiskan masa serta berusaha keras untuk membela nasib orang Melayu sehinggakan ada kalanya beliau tidak mempunyai banyak masa untuk anak serta isterinya.
Namun melihat apa diusahakan allahyarham ayahnya kini mampu memberi keselesaan hidup kepada generasi Melayu seterusnya, seluruh keluarganya berasa bangga dengan pengorbanan yang dibuat oleh Abdul Aziz.
MAKNA YANG PERLU DIFAHAMI
Seorang lagi pemimpin yang rapat dengan Abdul Aziz iaitu Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu, Tan Sri Dr Abdul Rahim Tamby Chik.
Menurut beliau, pesanan Abdul Aziz "sentiasa menjaga anak cucu" itu perlu dihayati dan difahami dengan sebaik mungkin.
Beliau, yang juga mantan Ketua Menteri Melaka, berkata walaupun pesanan itu dilihat agak sederhana, tetapi sering diucap Abdul Aziz kerana mempunyai makna yang cukup mendalam untuk orang Melayu.
"Kata-kata seperti itu yang mempunyai unsur nilai yang begitu tinggi mesti dijadikan rujukan walau di mana kita berada, pemimpin atau rakyat biasa, jangan masuk telinga kanan keluar telinga kiri," katanya.
Beliau berkata pesanan itu seperti juga pesanan 'Tidak Melayu Hilang Di Dunia' yang diungkapkan oleh Hang Tuah.
Kata-kata pahlawan Melayu itu mempunyai makna mendalam betapa orang Melayu perlu memperkuatkan diri serta memastikan bangsa itu kekal hidup sejahtera pada masa hadapan.
Beliau berkata dirinya yang kini memegang sebuah badan yang bertanggungjawab menjaga hak dan kepentingan Melayu akan menjadikan kata-kata itu sebagai kekuatan untuk terus membela orang Melayu.
AMANAH KEPADA GENERASI MUDA
Perginya Abdul Aziz menghadap Penciptanya bermakna hilang sudah seorang pejuang yang bermati-matian memperjuangkan hak orang Melayu demi kepentingan anak cucunya kelak.
Namun bak kata Abdul Aziz kepada penulis suatu ketika dahulu, perjuangan itu tidak akan pernah berakhir kerana amanah perjuangan itu perlu diteruskan generasi muda Melayu seperti penulis sendiri.
"UMNO itu perlu dipertahankan, jangan khianati UMNO kerana itulah satu-satunya wadah perjuangan yang ada untuk orang Melayu. Tanpa UMNO akan berkuburlah orang Melayu".
Amanat Abdul Aziz ini akan sentiasa terngiang-ngiang di telinga penulis.
Pada petang 4 Oktober lepas ketika penulis bersama yang lain mengusung keranda jenazah Abdul Aziz menuju ke perhentian terakhirnya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rim, Jasin dekat sini, penulis berasa amat sayu kerana Abdul Aziz sudah tiada lagi untuk menjaga anak cucunya.
Namun pemergian beliau meninggalkan legasi perjuangan yang perlu dipikul generasi muda Melayu termasuk penulis.
Di bahu kami kini terletak amanah serta tanggungjawab untuk menjaga "anak cucu Melayu" demi kelangsungan kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan.
-- Fadzli Ramli/BERNAMA
Bernama
Tue Oct 11 2016
ABDUL AZIZ: Jaga baik-baik anak cucu kita.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
'Jaga baik-baik anak cucu kita', pesan Abdul Aziz Tapa
Anak cucu yang dimaksudkan ahli politik veteran, yang kembali ke rahmatullah pada 4 Oktober lepas dalam usia 93 tahun, ialah generasi muda Melayu.
Abdul Aziz Tapa, Tokoh Melayu Terbilang UMNO 2016
Anugerah itu yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO, sebagai menghargai sumbangan Abdul Aziz kepada negara dan parti.