Tan Sri Abdul Aziz Tapa dianugerahi Tokoh Melayu Terbilang UMNO 2016 pada majlis sambutan Hari UMNO ke-70 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi.
Anugerah itu yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO, sebagai menghargai sumbangan Abdul Aziz kepada negara dan parti.
Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Abdul Aziz berkata beliau tidak menyangka menerima anugerah tersebut dan merakamkan ucapan terima kasih kepada UMNO kerana menghargai sumbangannya dalam parti itu.
"Saya berharap UMNO akan terus berjuang, untuk memimpin bangsa untuk tahun-tahun akan datang," katanya ringkas.
Abdul Aziz, 93, berasal dari Jasin merupakan anggota UMNO yang aktif pada era 70-an dan 80-an dan pernah menyandang beberapa jawatan penting antaranya anggota Dewan Negara (1975-1977), Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka (1978-1982) dan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Nyalas (1978-1982).
Dilahirkan pada 13 Jun 1923, beliau memulakan kerjaya sebagai askar sukarela di Rejimen Polis Kem Port Dickson pada 1940 sebelum menjadi guru antara tahun 1945 hingga 1974 dengan jawatan terakhir sebagai guru besar di Sekolah Rendah Kebangsaan Alor Gajah, Melaka.
Penglibatannya dalam politik pula bermula seawal sebelum negara mencapai kemerdekaan iaitu dengan menyertai Persatuan Melayu Semenanjung Johor cawangan Melaka, sebuah gerakan anti-Malayan Union yang diketuai oleh Datuk Onn Jaafar pada tahun 1946 dan kemudian menganggotai UMNO selepas parti itu ditubuhkan.
Beliau turut memegang beberapa jawatan dalam UMNO antaranya sebagai Bendahari UMNO cawangan Merlimau pada 1955, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jasin (1974), Naib Ketua UMNO Bahagian Jasin (1978), Bendahari Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka (1978-1986).
Selain daripada politik, beliau juga pernah memegang beberapa jawatan lain antaranya Ahli Majlis Penasihat Kebudayaan Kebangsaan (1972-1996), Ahli Lembaga Amanah Balai Seni Lukis Negara (1976-1988), Timbalan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (1978) dan Ahli Lembaga Pengarah Majlis Amanah Rakyat (1975-1977).
Abdul Aziz yang mendirikan rumah tangga dengan Puan Sri Maznah Lasim dan dikurniakan sembilan anak sebelum ini juga pernah menerima anugerah Tokoh Guru Kebangsaan/Negeri Melaka pada 1986, Anugerah Tokoh Budaya Negeri Melaka (2003) dan Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1427H/2006M Negeri Melaka (2006).
Bernama
Fri May 13 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) menyampaikan anugerah khas Tokoh Melayu Terbilang kepada Veteran UMNO Tan Sri Abdul Aziz Tapa (dua, kanan). - Foto Bernama
Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas
Seorang pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga emas.
Amiruddin nafi rumah terbuka langgar peraturan pilihan raya
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan bahawa penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri oleh kerajaan negeri di pekan Kuala Kubu Baharu (KKB) pada Sabtu, melanggar peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - Anwar
Malaysia dalam misi meneroka pelbagai peluang ekonomi dan menarik pelaburan baharu pada Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi yang akan berlangsung dua hari bermula hari ini.
Polis Jerman rampas 4 Bugatti Veyron
Jerman merampas empat kereta model Bugatti Veyron yang jarang ditemui dari kemudahan simpanan persendirian di Munich, Jerman, yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menurut laporan media Jerman.
AWANI Ringkas: Dijangka diniagakan sekitar RM4.77 berbanding dolar AS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mutawif pimpin jemaah 'istimewa' tunai umrah guna tongkat
Menjadi impian umat Islam di seluruh dunia termasuk golongan kurang upaya untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah haji dan umrah.
Pelajar maut motosikal bertembung kereta
Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam kejadian di Marang.
Cef ternama Singapura, Tariq Helou meninggal dunia pada usia 29 tahun
Pemergian cef Helou mengejutkan seluruh komuniti kulinari di Singapura.
EPL: Man United sama hebat dengan skuad tercorot liga
Penjaga gol Manchester United, Andre Onana menjadi punca buat pasukannya kehilangan kemenangan menentang Burnley.
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
'Jaga baik-baik anak cucu kita', pesan Abdul Aziz Tapa
Anak cucu yang dimaksudkan ahli politik veteran, yang kembali ke rahmatullah pada 4 Oktober lepas dalam usia 93 tahun, ialah generasi muda Melayu.
Abdul Aziz Tapa, Tokoh Melayu Terbilang UMNO 2016
Anugerah itu yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO, sebagai menghargai sumbangan Abdul Aziz kepada negara dan parti.