Sesiapa yang berhasrat untuk ponteng puasa atau menjadi ahli 'geng plastik hitam', terutamanya di Kedah, disaran berhati-hati atau terus meninggalkan amalan tersebut.
Ini kerana, kebanyakan lokasi panas atau 'hot spot' geng terbabit sudah diketahui oleh pasukan penguatkuasa dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEIK).
Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Bahagian Penguatkuasaan Undang Undang Syariah Kedah, Sheikh Azhari Mohamad menegaskan, golongan tersebut sepatutnya berasa malu untuk meneruskan amalan ponteng puasa memandangkan kebanyakan dari mereka terdiri daripada mereka yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak kecil.
Tambahnya, operasi dijalankan JHEIK turut akan diperluas ke semua daerah di seluruh negeri ini bagi memberi kesedaran berkenaan keberkatan dan kemuliaan bulan Ramadan.
"Untuk geng plastik hitam, saya nasihatkan, tak payahlah buat kerja ini semua, kerana memalukan. Kanak-kanak sekolah pun boleh puasa. Kalau (orang dewasa) kena tangkap, memalukan.
"Kita tahu semua tempat-tempat panas. Cuma sekarang kita tengah gembelengkan tenaga. Jadi, kita adakan (operasi) bukan di Alor Setar sahaja, kita akan bergerak ke daerah-daerah dari semasa ke semasa.
"Dan kita minta, geng plastik hitam ini, hentikanlah perbuatan itu," kata Sheikh Azhari.
Sementara itu, beliau berharap rakyat negeri Kedah dapat menjadi mata dan telinga kepada jabatan agama dalam menyalurkan maklumat berkenaan lokasi atau aktiviti yang dilakukan kumpulan yang dikenali sebagai 'geng plastik hitam' tersebut.
"Kita juga memohon kepada masyarakat supaya sentiasa maklumkan kepada kita sekiranya ada tempat yang menjual (makanan) pada bukan waktunya dan tempat yang menjadi port kepada orang Islam yang tak berpuasa," katanya.
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 menetapkan mana-mana individu Islam yang melakukan urusan jual beli sebelum jam 3 petang akan didakwa di bawah Seksyen 14(a) dan orang Islam yang melakukan kesalahan makan atau minum di khalayak ramai di bulan Ramadan, boleh didakwa di bawah Seksyen 14(b).
Kedua-dua Seksyen terbabit memperuntukkan denda RM1,000 atau penjara 6 bulan bagi kesalahan pertama dan tambahan RM1,000 bagi kesalahan seterusnya.
Astro Awani
Wed May 08 2019
Pegawai penguatkuasa JHEIK menjalankan operasi membanteras geng plastik hitam di sekitar Alor Setar yang ponteng puasa di bulan Ramadan. - Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Banjir: Bekalan elektrik di Alor Setar, Sik pulih sepenuhnya
Bekalan elektrik di beberapa kawasan di bandar raya ini dan Sik telah pulih sepenuhnya selepas ditutup sementara susulan banjir.
Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar
TNB Careline memaklumkan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan meminta orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan.
Kanak-kanak perempuan dua tahun ditemukan lemas dalam longkang
Luluh hati seorang datuk apabila melihat cucu perempuan kesayangannya ditemukan lemas di dalam longkang di Alor Setar malam tadi.
Banjir Kedah: 'Tidak lena tidur, risau air naik...' - Penduduk
Tinjauan di sekitar Kampung Simpang Chegar Kota Setar mendapati kebanyakan kawasan sudah dilimpahi air kira-kira dua hingga tiga kaki.
Suspek kelar isteri dan anak minta izin tidur di masjid - Imam
Suspek direman bagi membantu siasatan kes pembunuhan isteri dan anaknya telah memohon untuk menumpang tidur di Masjid Al Hidayah, Bukit Pinang.
Dua mayat wanita ditemukan dalam longkang di Alor Setar
Dua mayat wanita ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, hari ini.
Treler terbabas, 40,000 liter susu getah tumpah di lebuh raya
Jabatan Alam Sekitar Kedah sedang memantau rapi kerja-kerja pembersihan 40,000 liter susu getah yang tumpah selepas sebuah treler terbabas.
Mayat lelaki ditemui dalam longkang di Alor Setar
Orang awam yang ketika itu sedang berjalan bersama anjingnya menemui mayat dalam keadaan tertiarap di longkang pada jam 6.30 petang.
Lelaki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian suspek samun
Tertuduh, Han Boon Hau, 33, yang bekerja di kedai aluminium bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Laskar Kanan Maritim mengaku tidak bersalah 12 tuduhan rasuah
Mengikut pertuduhan, semua kesalahan didakwa dilakukan Mohd Fazli di Maybank Islamic Centre, Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar.