awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAIP sahkan tarik balik sijil halal syarikat pembekal ayam

Astro Awani
Astro Awani
10/06/2015
08:05 MYT
JAIP sahkan tarik balik sijil halal syarikat pembekal ayam
Jabatan Agama Islam Perak mengesahkan mengeluarkan kenyataan mengenai penarikan balik sijil halal ke atas pusat penyembelihan ayam, PCK Processing & Marketing.
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) mengesahkan pihaknya mengeluarkan kenyataan mengenai penarikan balik sijil halal ke atas sebuah pusat penyembelihan ayam yang beroperasi di Seri Manjung Perak.
Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata sijil itu ditarik balik kerana pembekal terbabit, PCK Processing & Marketing melanggar Prosedur Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) meskipun notis ketidakpatuhan semasa audit lapangan (NCR) telah dikeluarkan sebanyak dua kali.
Memetik laporan Sinar Harian, Nizar menyatakan keputusan penarikan sijil halal itu dibuat semasa Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Negeri Perak yang bersidang pada 29 Mei lalu. Surat rasmi penarikan dikeluarkan pada 1 Jun.
PCK
PCK
Menurutnya sijil halal itu ditarik balik disebabkan syarikat tersebut melanggar peraturan dari sudut pemprosesan produk.
“Sijil halal yang ditarik balik itu juga akan dikembalikan sekiranya pihak berkenaan memperbetulkan kesalahan dan tidak mengulanginya,” katanya.
Susulan penarikan itu, PCK Processing & Marketing tidak dibenarkan menggunakan logo halal Malaysia pada produk atau premis-premis di seluruh cawangan kerana ia menjadi kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.
Kenyataan JAIP itu mula viral di laman-laman sosial sejak minggu lalu malah terkesan sehingga ada yang mengaitkannya dengan rangkaian pasar raya Giant.
Topic Berkaitan
#Giant
#Halal
#haram
#PCK Processing & Marketing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan