Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada Selasa mengesahkan permohonan pensijilan halal sebuah premis makanan yang terkenal dengan ayam goreng di Jalan Changkat Jong di sini ditolak selepas didapati tidak mematuhi syarat yang ditetapkan pihak berkuasa.
Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal JAIPk Yusri Abdul Rani berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Perak pada 27 Dis lalu selepas didapati pemilik restoran berketurunan India berkenaan tidak komited dengan prosedur Pensijilan Halal Malaysia.
"Restoran berkenaan didapati tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dalam aspek kebersihan dan tiada lantikan penyelia halal. Bekalan bahan mentah di premis berkenaan didapati tiada masalah," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau mengulas surat yang tular menerusi WhatsApp yang menyatakan permohonan pensijilan halal premis makanan terkenal di Teluk Intan itu gagal selepas didapati tidak komited dengan prosedur Pensijilan Halal Malaysia.
Mengulas lanjut, beliau berkata premis berkenaan diminta tidak menggunakan sebarang penandaan halal pada premis makanan, bagaimana pemilik masih boleh memohon semula pensijilan halal itu.
Sementara itu, Yusri berkata sebuah restoran makanan daun pisang di Hutan Melintang di Bagan Datuk dikesan menggunakan tanda halal tidak sah dalam hasil operasi yang dijalankan JAIPk bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada 17 Jan lalu.
"Pemilik restoran berkenaan didapati beragama Hindu dan premis itu mempunyai penandaan halal tetapi ia bukan pemegang sijil halal dan tindakan diambil oleh pihak KPDNHEP mengikut Akta Perihal Dagangan 2011," katanya yang meminta orang ramai agar lebih berhati-hati dan peka dengan premis makanan yang mempamerkan tanda halal terutamanya jika dimiliki bukan Islam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 29 2019
Premis berkenaan diminta tidak menggunakan sebarang penandaan halal tetapi pemiliknya masih boleh memohon semula pensijilan halal itu. - Gambar hiasan
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Penyelidik UTeM bangun produk bekas plastik berasaskan ubi kayu, daun pisang
Bekas plastik berbentuk dulang itu boleh digunakan untuk pembungkusan produk selain mesra alam.
Lemang daun tebu lebih enak dan wangi
Barangkali, sebilangan besar daripada kita tidak pernah mendengar juadah lemang daun tebu.
JAIPk sahkan permohonan halal restoran terkenal Teluk Intan ditolak
Keputusan itu dibuat Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Perak pada 27 Dis lalu selepas didapati pemilik restoran berketurunan India berkenaan tidak komited dengan prosedur Pensijilan Halal Malaysia.
Trend makanan 'hipster' keterlaluan?
Trend hipster ini dilihat sebagai keterlaluan lebih-lebih lagi apabila ada sesetengah pengusaha kedai makan yang menggunakan barang kitar semula yang boleh membahayakan pengguna.
Tutup mayat ayah dengan daun pisang
Seorang anak tidak dapat menahan sebak apabila terpaksa menutup mayat ayahnya dengan daun pisang yang dikutip dari bahu jalan sementara menunggu bantuan tiba.