Setelah pelbagai tekanan dan pemantauan kerajaan dalam usaha membanteras perkembangan fahaman syiah dalam negara dilakukan, kumpulan terbabit dikatakan menggunakan cara tersembunyi untuk mengembangkan fahaman ini.

Menurut Penolong Pengarah Akidah Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysi (Jakim), Mohd Aizam Masod, kumpulan terbabit dilihat aktif mengembangkan ajaran syiha melalui laman blog dan laman media sosial seperti Facebook.

Setakat ini puluhan blog berkaitan fahaman tersebut telahpun di kesan di negara ini.

Beliau berkata pihak Jakim dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), sedang menjalankan pemantauan bagi mengesan pemilik akaun-akaun tersebut.

“Walaupun fahaman syiah belum diwartakan sebagai haram di Kelantan, namun pihak majlis agama sedang mengusahakan untuk berbuat demikian seperti negeri lain yang sudah mewartakan fahaman syiah sebagai fahaman haram yang bertentangan dengan akidah ahli Sunnnah Wal Jamaah,” katanya.

Katanya, secara keseluruhan, kerajaan berjaya membendung perkembangan ajaran syiah ini di Malaysia dan pelbagai permohonan yang di buat pengikut syiah di Malaysia sebelum ini telah ditolak kerajaan antaranya permohonan untuk membina masjid, mengiktiraf kumpulan mereka dan sebagainya.

Namun gerakan bersembunyi yang dilakukan melalui media sosial di lihat cara baru kumpulan ini bergerak.

Menurut Mohd Aizam lagi, fahaman syiah yang menular di Asia ini dipercayai didalangi oleh Yahudi yang mengadakan kerjasama sulit dengan kumpulan syiah bagi memecah belahkan umat Islam di Asia yang kuat berpegang kepada fahaman ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sementara itu, pensyarah akedemik Islam Universiti Malaya, Professor Dr Mohd Kamil Abdul Majid menjelaskan, di Kelantan pengikut syiah dianggarkan sekitar 1,000 orang, namun ianya tidak begitu aktif.