awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kopi Waktu tonjol identiti Kedah, promosi sektor pelancongan - Raja Muda Kedah
Beri ruang Kim Swee capai sasaran di NFDP - Mohd Yusoff
Lelaki bunuh 9 orang, termasuk 4 anak kandung selepas bertengkar dengan isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jakim, Jawi diarah selaras solat hajat esok untuk keselamatan misi Global Sumud Flotilla

Bernama
Bernama
25/09/2025
10:15 MYT
Jakim, Jawi diarah selaras solat hajat esok untuk keselamatan misi Global Sumud Flotilla
Solat hajat itu bagi menyatakan solidariti serta memohon pertolongan daripada Allah SWT agar keselamatan sukarelawan dan kelancaran misi berkenaan terpelihara. - Gambar fail/ Reuters
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarah menyelaras pelaksanaan solat hajat di semua masjid utama dan surau di Wilayah Persekutuan selepas solat Jumaat esok, untuk keselamatan Misi Global Sumud Flotilla.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata pelaksanaan solat hajat itu bagi menyatakan solidariti serta memohon pertolongan daripada Allah SWT agar keselamatan sukarelawan dan kelancaran misi berkenaan sentiasa dipelihara.
"Seperti dimaklumkan media berkaitan perkembangan terkini yang kita terima amat membimbangkan. Kapal-kapal Misi Global (Sumud) Flotilla dilaporkan menghadapi pelbagai gangguan dan ancaman ketika semakin hampir dengan zon kritikal, ini termasuk letupan, kehadiran dron tidak dikenali dan gangguan komunikasi.
"Marilah kita bersama-sama menadahkan tangan ke hadrat Allah SWT agar misi kemanusiaan ini dipermudah, para sukarelawan diberikan perlindungan dan kekuatan serta doa kita menjadi sumber kekuatan kepada rakyat Palestin yang terus berjuang mempertahankan tanah air mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut berharap semoga Malaysia sentiasa diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada usaha kemanusiaan sejagat dan doa semua menjadi asbab kejayaan misi itu.
Semalam, konvoi Global Sumud Flotilla berdepan detik mencemaskan apabila diintimidasi oleh dron rejim Israel yang turut melakukan letupan di udara.
Ketua Pengarah merangkap jurucakap rasmi Sumud Nusantara Flotilla Command Cente Datuk Dr Ahmad Sani Araby Al-Kahery dilaporkan berkata flotila itu berdepan cubaan intimidasi oleh 15 dron Israel yang berlegar pada altitud rendah setiap 10 minit.
Pelayaran Global Sumud Flotilla merentasi Laut Mediterranean membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan dijadualkan tiba di perairan Gaza pada akhir bulan ini.
Misi bersejarah itu melibatkan lebih 1,000 sukarelawan dari seluruh dunia, termasuk 34 delegasi Malaysia yang menaiki hampir 70 bot dengan matlamat memecah kepungan terhadap Gaza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Global Sumud Flotilla
#solat hajat
#Malaysia
#Genosid Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan