awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAKIM lapor polis, MCMC berhubung sindiket penipuan guna Tabung Musa’adah

Bernama
Bernama
30/05/2025
22:00 MYT
JAKIM lapor polis, MCMC berhubung sindiket penipuan guna Tabung Musa’adah
JAKIM memandang serius aduan awam berhubung kewujudan sindiket penipuan yang mempergunakan nama Tabung Musa'adah JAKIM-YWM bagi tujuan kutipan sumbangan secara tidak sah.
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah membuat laporan polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung kewujudan sindiket penipuan yang mempergunakan nama Tabung Musa'adah JAKIM-Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bagi tujuan kutipan sumbangan secara tidak sah.
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, laporan itu dibuat bagi membolehkan siasatan dan tindakan tegas diambil di bawah peruntukan undang-undang yang berkaitan.
"JAKIM memandang serius aduan awam berhubung kewujudan sindiket penipuan yang mempergunakan nama Tabung Musa'adah JAKIM-YWM bagi tujuan kutipan sumbangan secara tidak sah," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata JAKIM tidak pernah melantik atau menjalinkan sebarang bentuk kerjasama dengan mana-mana individu atau platform pemasaran dalam talian bagi mewakili JAKIM dalam membuat kutipan sumbangan ke dalam Tabung Musa'adah JAKIM-YWM.
Beliau berkata, sehubungan itu, semua pihak digesa agar sentiasa berwaspada terhadap kewujudan sindiket seperti ini.
"Perlakuan tidak bertanggungjawab ini sudah pasti mencemarkan nama baik agensi hal ehwal agama. JAKIM sentiasa konsisten dalam memastikan segala bentuk penganiayaan terhadap rakyat dapat dibanteras sepenuhnya demi menjamin kehidupan rakyat yang sejahtera, aman dan harmoni tanpa sebarang bentuk penindasan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAKIM
#MCMC
#Tabung Musa'adah
#Yayasan Waqaf Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan