awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kartel penetapan harga: 31 perusahaan penjagaan kanak-kanak di Kelantan berdepan penalti - MyCC
Putin larang keputusan mahkamah asing, luaskan bidang kuasa mahkamah tentera
'Papa Zola The Movie' catat kutipan RM43 juta dalam 18 hari tayangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jakim pandang serius iklan promosi judi, seru masyarakat tidak tularkan klip video

Astro Awani
Astro Awani
16/04/2021
09:52 MYT
Jakim pandang serius iklan promosi judi, seru masyarakat tidak tularkan klip video
Jakim menyeru seluruh masyarakat khususnya umat Islam agar tidak menularkan klip iklan Hari Raya promosi judi yang tular di media sosial kerana ia boleh memberikan kesan yang tidak baik.
KUALA LUMPUR : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyeru seluruh masyarakat khususnya umat Islam agar tidak menularkan klip iklan Hari Raya promosi judi yang tular di media sosial kerana ia boleh memberikan kesan yang tidak baik.
Pada masa sama, Jakim turut menasihatkan umat Islam agar tidak terlibat dalam apa jua aktiviti perjudian termasuk membantu mempromosikan perjudian yang jelas bertentangan dengan hukum Syarak.
"Pada hari ini, telah tular satu video yang dipercayai mengandungi iklan judi sempena Hari Raya Aidilfitri. Video tersebut telah menimbulkan kegusaran dan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat khususnya umat Islam di negara ini.
"Jakim memandang serius dan menentang keras perbuatan seumpama ini sekiranya benar ia berlaku lebih-lebih lagi ketika umat Islam di negara ini sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia ini," kata Jakim pada Jumaat.
BACA: Iklan judi raya: MCMC arah kandungan diturunkan
BACA: Iklan judi: Kempen tidak masuk akal, tidak cukup berjihad jadi punca - PPIM
BACA: Penerbit, pelakon iklan hari raya promosi judi akan dipanggil - Timbalan Ketua Polis Negara
Justeru, Jakim menyokong usaha pihak yang berwajib dalam mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam perkara ini mengikut lunas undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
Topic Berkaitan
#JAKIM
#MCMC
#undang-undang
#video
#media sosial
#polis
#judi
#iklan judi raya
#Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan