awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jakim sahkan mee segera Korea, Ramyeon-Samyang adalah halal

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
14/06/2016
05:11 MYT
Jakim sahkan mee segera Korea, Ramyeon-Samyang adalah halal
Jakim menyangkal dakwaan bahawa produk mee segera Ramyeon-Samyang adalah tidak halal, seperti mana yang tersebar di media sosial, baru-baru ini.
JABATAN Kemajuan Islam Malaysia, (Jakim) menyangkal dakwaan bahawa produk mee segera dari Korea Ramyeon-Samyang adalah tidak halal, seperti mana yang tersebar di media sosial baru-baru ini.
Menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik di laman Facebook Bahagian Hab Halal, Jakim mengesahkan bahawa mee segera itu adalah halal.
"Status halal produk itu kembali viral di Facebook berikutan tindakan segelintir pihak yang mendakwa mee segera berkenaan adalah haram.
“Untuk makluman pengguna, buat masa ini Korean Muslim Federation (KMF) adalah merupakan satu-satunya badan pensijilan halal Korea yang diiktiraf oleh Jakim," menurut kenyataan itu.
Berdasarkan siasatan yang telah dilakukan oleh Jakim beberapa bulan yang lalu, mereka mendapati mee segera ramyeon tidak mengandungi bahan yang meragukan.
Malah, produk itu juga merupakan pemegang sijil halal (KMF) yang sah sehingga kini.
Tambah Jakim, KMF mendakwa, syarikat pengeluar patuh dan komited terhadap piawaian prosedur yang telah ditetapkan.
Pemantauan secara berkala turut dilaksanakan terhadap semua industri di Korea yang diberikan sijil halal oleh KMF.
"Kenyataan ini diperkukuhkan lagi dengan hasil laporan analisis Jabatan Kimia Malaysia di mana tiada DNA khinzir dikesan pada produk tersebut.
“Sehubungan itu pengguna dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat palsu berkenaan," tegas JKM.
Terdahulu, beberapa pihak mendakwa produk daripada Korea ini tidak halal, sekali gus menarik perhatian netizen di media sosial.
Topic Berkaitan
#duit kerajaan
#Halal
#JAKIM
#petrol
#Ramyeon-Samyang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan