Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) memberikan tumpuan penuh dalam pencarian tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi dengan mengambil kira kebajikan dan keperluan ahli keluarga murid-murid itu sepanjang 49 hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.
Dalam sebuah kenyataan media pada Ahad, JAKOA segera menafikan dakwaan aktivis dan peguam Siti Zabedah Kasim seperti yang disiar di laman web Astro AWANI pada Sabtu, yang antara lain menyatakan bahawa aspek kebajikan keluarga mangsa tidak diurus dengan sewajarnya.
“Antara tindakan segera yang diambil sebaik sahaja menerima laporan kehilangan mereka pada 23 Ogos 2015 adalah dengan membentuk pasukan sukarelawan Orang Asli dan pasukan RELA Orang Asli seramai 190 orang yang diketuai Pengarah JAKOA Kelantan dan Terengganu,” kata kenyataan daripada Ketua Pengarah JAKOA, Datuk Hasnan Hassan.
BACA: Kronologi: Misteri 7 pelajar ORang Asli hilang di Pos Tohoi, Gua Musang
Selain itu, JAKOA telah menyediakan makan dan minum kepada ahli keluarga, menguruskan hal penginapan, bantuan kewangan dan menyediakan bekalan minyak motosikal yang berulang-alik dari Kampung Gawin, Penad dan Tohoi bagi mengesan kemungkinan murid berkenaan pulang ke kampung mereka.
“Tiga pegawai JAKOA turut membantu menguruskan hal-hal kebajikan dan pentadbiran di lokasi. Pengarah JAKOA Kelantan dan Terengganu sering turun di lokasi bagi memastikan kebajikan keluarga dalam pelbagai aspek khususnya khidmat kaunseling,” jelas kenyataan tersebut.
Dalam aspek lain, kakitangan JAKOA yang berkemahiran dalam bahasa Temiar ditempatkan di lokasi sebagai jurucakap utama bagi memudahkan komunikasi dan kerjasama antara keluarga mangsa, penduduk dengan pasukan keselamatan.
Menurut JAKOA, kebajikan ibu bapa dan pengiring yang sedang menjaga dua kanak-kanak yang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II iaitu Norieen Yaakob dan Miksudiar Aluj juga diberi perhatian.
Itu termasuk penyediaan makan dan minum, pakaian dan peralatan kebersihan, penginapan, pengangkutan dan kaunseling.
“Sepanjang 47 hari operasi dijalankan, tiada sebarang rungutan dan rasa tidak puas hati diterima oleh JAKOA daripada pihak ibu bapa dan ahli keluarga murid-murid yang yang hilang,” kata kenyataan itu yang turut menzahirkan rasa dukacita terhadap pihak yang membuat tuduhan tidak berasas ke atas JAKOA.
BACA: Ibu bapa tujuh murid Orang Asli yang hilang diberi kaunseling - Ahmad Jazlan
Astro Awani
Sun Oct 11 2015
Ibu bapa dan keluarga terdekat dalam insiden murid SK Tohoi yang hilang sentiasa diberi perhatian sejak hari pertama kes kehilangan dilaporkan, kata JAKOA. - Gambar fail
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
UNIFIL arah keluarga anggotanya tinggalkan Lubnan
UNIFIL mengarahkan anggota keluarga pasukan pengaman yang berkhidmat dengan agensi itu untuk meninggalkan Lubnan buat sementara waktu.
Akibat salah faham, pergaduhan keluarga jadi besar
Bermula dengan 10 lelaki yang bergaduh sesama ahli keluarga, melarat kepada 10 lelaki lain yang cuba meleraikan pergaduhan.
JAKOA nafi tidak beri perhatian keluarga murid Orang Asli SK Tohoi hilang
JAKOA dalam satu kenyataan Ahad telah menafikan dakwaan seorang aktivis bahawa soal kebajikan ibu bapa dan keluarga murid Orang Asli yang hilang lebih sebulan lalu telah diketepikan.