awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jakoa selaras bantuan kepada Orang Asli dalam tempoh MTL

Bernama
Bernama
30/10/2023
06:45 MYT
Jakoa selaras bantuan kepada Orang Asli dalam tempoh MTL
Arahan itu berkuat kuasa dengan serta-merta mengambil kira keadaan tanah dan jalan menjadi rosak sekiranya terlalu ramai yang memasuki kawasan penempatan Orang Asli semasa musim tengkujuh. - Gambar fail
GUA MUSANG: Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) akan menjadi penyelaras bagi semua jenis bantuan yang ingin disalurkan kepada masyarakat Orang Asli di Gua Musang dalam tempoh Monsun Timur Laut (MTL).
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pengurusan) Jakoa Saiful Zahlan Muhamad Azmi berkata susulan itu, semua bantuan daripada individu mahupun kumpulan persendirian yang ingin dihantar ke penempatan Orang Asli pedalaman yang terjejas ketika musim tengkujuh perlu melalui jabatan berkenaan.
Beliau berkata arahan itu berkuat kuasa dengan serta-merta mengambil kira keadaan tanah dan jalan menjadi rosak sekiranya terlalu ramai yang memasuki kawasan penempatan Orang Asli semasa musim tengkujuh.
"Bantuan makanan itu akan diselaraskan dengan agensi berkaitan agar penduduk yang terjejas dengan bencana mendapat bantuan sewajarnya.
"Semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menyampaikan bantuan kepada masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman daerah ini diminta agar akur untuk mendapatkan kebenaran terlebih dahulu," katanya ketika ditemui pemberita di Pos Brooke di sini.
Pada 18 Okt lepas, Jakoa mengumumkan tentang penutupan sementara jalan ke Pos Gob susulan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini yang boleh menyebabkan kerja-kerja pembaikan jalan dan pembinaan jambatan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kesedar tergendala.
Menurut Jakoa, akibat keadaan dan cuaca sebegitu, projek berkenaan dikhuatiri tidak dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan di samping menyukarkan dan mengganggu rutin harian masyarakat setempat.
Jabatan berkenaan turut memberi peringatan bahawa pelanggaran peraturan yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan yang tegas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAKOA
#MTL
#Orang Asli
#Gua Musang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan