awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan Balik Pulau-Teluk Bahang dijangka buka semula Disember

Bernama
Bernama
27/07/2023
05:27 MYT
Jalan Balik Pulau-Teluk Bahang dijangka buka semula Disember
Laluan tersebut ditutup sepenuhnya pada 14 Julai selepas laporan runtuhan susulan di laluan Seksyen 46.80 pada 10 Julai. - Gambar/ Bernama
BALIK PULAU: Laluan jalan raya FT006 Jalan Balik Pulau-Teluk Bahang, Daerah Barat Daya, di sini, dijangka dibuka pada Disember tahun ini.
Jalan itu ditutup susulan kejadian tanah runtuh pada Seksyen 45.40 dan 46.80 laluan itu, yang berlaku awal bulan ini.
Menteri Kerja Raya (KKR) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kerja pembaikan cerun kekal di laluan FT006 Seksyen 45.4 dan 46.8 bermula hari ini, dengan menggunakan kaedah tie-back wall dengan kos keseluruhan penyelenggeraan sebanyak RM1.799 juta.
"Arahan Kerja telah diserahkan kepada kontraktor penyelenggaraan cerun, agar diselesaikan dengan segera dan sudah sedia maklum laluan ini penting sebagai penghubung kawasan, lokasi industri pelancongan dan juga kebun durian," katanya kepada media selepas membuat lawatan kerja di sini hari ini.
Beliau berkata antara cabaran dalam melakukan kerja pembaikan dan penyenggaraan jalan tersebut ialah struktur kawasan bercerun dan faktor cuaca, tetapi kontraktor mempunyai kemahiran bagi melaksankan pembaikan dengan selamat.
"Kejadian ini berlaku kerana hujan lebat yang berterusan dan luar biasa, jadi kontraktor ini harus berhati-hati dalam tempoh pembaikan laluan itu," katanya.
Sebelum ini, pada 1 Julai laluan FT006 Seksyen 45.40 dan 46.80 telah berlaku bencana kegagalan cerun dan pihak JKR mengambil langkah-langkah segera iaitu meliputi kerja pemasangan kanvas, pemasangan peralatan pengurusan trafik dan pengumpulan data.
Bagaimanapun, laluan tersebut ditutup sepenuhnya pada 14 Julai selepas laporan runtuhan susulan di laluan Seksyen 46.80 pada 10 Julai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#Jalan Balik Pulau-Teluk Bahang
#buka semula
#Alexander Nanta Linggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan