awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesara rugi RM212,000 akibat penipuan perniagaan tidak wujud
Malaysia suarakan kebimbangan terhadap peningkatan konflik di Yaman
MARDI perkukuh hubungan dua hala dan perkasa usahawan agromakanan di Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan ke Bukit Fraser ditutup akibat tanah runtuh

Astro Awani
Astro Awani
21/12/2020
09:34 MYT
Jalan ke Bukit Fraser ditutup akibat tanah runtuh
Kerja pembersihan dijangka mengambil masa selama seminggu untuk diselesaikan. -Gambar/ Astro AWANI
RAUB:Jalan Tranum-Bukit Fraser di kawasan Bukit Telaga di sini, terpaksa ditutup akibat kejadian tanah runtuh yang menyebabkan laluan berkenaan terhalang pada Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, tanah runtuh berkenaan yang turut membawa bersama beberapa bongkah batu besar menutup kawasan jalan sepanjang 12 meter dan ketinggiannya dianggarkan 10 meter.
Kejadian itu bagaimanapun tidak menyebabkan kemalangan jiwa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Raub, Penolong Kanan Penguasa Bomba Khairul Anuar Yaakub, berkata berdasarkan penilaian awal, kerja pembersihan dijangka mengambil masa selama seminggu untuk diselesaikan.
"Jangkaan kerja akan bermula pada petang ini dan dijangka kemungkinan akan paling lama kita anggarkan lebih kurang dalam satu minggu.
"Buat masa sekarang jalan antara The Gap ke Bukit Fraser ditutup bagi semua lalu lintas," katanya di sini, hari ini.
Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Raub memaklumkan, dua hari lalu kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang berlaku di kawasan sama.
"Kerja-kerja pembersihan telah dilakukan tetapi dengan kejadian pagi tadi, jalan tersebut ditutup kepada semua kenderaan.
"Orang ramai bagaimanapun masih boleh menggunakan laluan dari Kuala Kubu untuk ke Bukit Fraser," kata kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#Bukit Fraser
#tanah runtuh
#bongkah batu
#Jalan Tranum
#Raub
#jalan ditutup
#Kuala Kubu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan