KUALA NERUS:Hujan lebat yang melanda negeri-negeri pantai timur mengundang banyak keresahan dalam kalangan penduduk, khususnya yang bimbang cuaca buruk itu menjejaskan jaringan perhubungan atau kediaman mereka.
Di Terengganu, hujan lebat sejak Isnin menyebabkan sebatang jalan sepanjang hampir 20 meter di Kampung Petaling, Kuala Nerus rosak teruk akibat hakisan struktur tanah.
Dalam kejadian yang disedari penduduk kira-kira jam 11 malam Isnin itu, bukan hanya jalan raya yang rosak, malah menyebabkan pembetung di jalan utama di kawasan itu turut runtuh.
Kejadian itu juga menyebabkan lebih 10 buah rumah penduduk ditenggelami air sedalam satu meter.
Menurut seorang penduduk, Norizan Mohd Noor, 54, kejadian itu mengejutkan mereka sekeluarga.
"Air mula naik sekitar jam 9 malam dan kami terkejut kerana sebelum ini tidak pernah berlaku banjir sebegini kerana ia naik secara tiba-tiba," katanya.
Seorang lagi penduduk, Abdul Wahid, 63, berkata pembetung itu pecah mungkin kerana hujan sejak beberapa hari lalu menyebabkan arus deras.
"Projek itu dibuat sejak beberapa bulan lalu dan kejadian banjir itu didakwa pertama kali berlaku sejak menetap di kampung itu lebih 60 tahun," jelasnya
Insiden itu menyebabkan penduduk terpaksa menanggung kerugian ribuan ringgit selepas barangan elektrik, kenderaan serta perabot ditenggelami air.
Susulan daripada itu, 31 mangsa daripada 10 buah keluarga dipindahkan sementara ke Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong.
Hafizi Rosli
Wed Nov 25 2020
Hujan lebat yang melanda Terengganu sejak Isnin menyebabkan hampir 20 meter jalan di Kampung Petaling, Kuala Nerus runtuh.
Abang mendiang Michael Jackson meninggal dunia
Tito yang merupakan abang kepada mendiang Raja Pop, Michael Jackson meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Hilang tangan, tapi kanak-kanak Palestin miliki impian besar
Mahmoud Youssef Ajjour yang berusia sembilan tahun menanam impian untuk menjadi juruterbang pada satu hari nanti.
Nama suspek cubaan bunuh Donald Trump didedah
Suspek yang dikenali sebagai Ryan Wesley Routh didakwa sering memuat naik tentang perang di Ukraine di media sosialnya.
Seorang cedera dalam insiden letupan di bandar Cologne
Seorang orang awam mengalami cedera ringan dan telah dibawa ke hospital terdekat, selain berlaku kerosakan bangunan komersial akibat letupan berkenaan.
20 hingga 50 orang dianggar terbunuh di Papua New Guinea
Penasihat kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mate Bagossy, berkata setakat Ahad sekurang-kurangnya 20 kematian telah disahkan akibat insiden berkenaan.
Vietnam rugi AS$1.6 bilion akibat Taufan Yagi
Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, berkata kejadian banjir dicetuskan oleh taufan sama yang berlaku di Myanmar adalah yang terburuk dalam sejarah negara itu.
Mural "Keluang Man" tarikan pelancong di DUN Mahkota
Hasil seni lukisan mural tiga dimensi di Kluang menjadi tarikan bagi pengunjung yang gemar bergambar. Antara lukisan yang menarik adalah animasi adiwira "Keluang Man" yang sinonim dengan daerah itu.
Feri penumpang ke Langkawi selamat bergerak
Sebuah feri dari Kuala Perlis ke Langkawi bagi perjalanan 2.30 petang yang membawa 567 penumpang terkandas di beting pasir petang tadi telah selamat bergerak ke Langkawi malam ini.
Dasar Tahun 6, Tingkatan 3 tiada peperiksaan dibawa ke Kabinet - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) melihat secara positif pandangan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai dasar pendidikan negara yang tidak melaksanakan peperiksaan bagi Tahun 6 dan Tingkatan 3, dan bersetuju bahawa dasar tersebut perlu dirombak.
Pereka dalaman dibunuh kejam, 20 tikaman ditemui di badan
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata hasil pemeriksaan awal, pihaknya menganggarkan terdapat kira-kira 20 kesan tikaman di beberapa bahagian tubuh mangsa dengan lima kesan tikaman ditemukan pada sebelah kiri rusuk.
Hampir 300 banduan larikan diri dari penjara Nigeria selepas banjir
Selasa lepas, hujan lebat menyebabkan empangan pecah, membanjiri sebahagian besar bandar.
Perkhidmatan kereta api Poland-Czech digantung kerana banjir
Perjalanan kereta api yang datang dari Republik Czech ke Poland telah dibatalkan sehingga diberitahu kelak.
Banjir: Ketua Junta Myanmar tagih bantuan asing
Taufan Yagi yang melanda Myanmar, Vietnam, Laos dan Thailand mengorbankan hampir 300 orang menyebabkan banjir dan tanah runtuh.
APM gerakkan 11,000 anggota hadapi Monsun Timur Laut
APM bersiap sedia dengan kekuatan 11,000 anggota di seluruh negara bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula bulan depan.
Enam terkorban dalam banjir di Bangladesh
Tanah runtuh besar berlaku pada Khamis di kem pelarian di daerah Cox's Bazar, kira-kira 392 kilometer (km) tenggara Dhaka.
Sekurang-kurangnya 37 maut akibat banjir di Nigeria
Pasukan mencari dan menyelamat menemukan 37 mayat selepas kejadian banjir besar pada Selasa.
Taufan Yagi: Angka korban dan hilang meningkat kepada 324 di Vietnam
Wilayah Lao Cai adalah antara kawasan yang paling teruk terjejas dengan 72 kematian dan 111 orang masih hilang.
Banjir di Thailand: Empat maut dan 14,328 isi rumah terjejas
Mangsa korban termasuk dua individu yang terlibat dalam tanah runtuh di wilayah Chiang Mai, manakala dua lagi maut akibat banjir di Chiang Rai.
Hampir 60 dilaporkan maut, hilang akibat Taufan Yagi
Seramai 59 orang dilaporkan maut atau hilang akibat hujan lebat berpanjangan dan banjir yang disebabkan oleh Taufan Yagi di wilayah utara Vietnam setakat 11.30 pagi Isnin (9 Sept).
Singapura sumbang AS$100,000 untuk usaha bantuan banjir Bangladesh
Sumbangan itu akan menyokong usaha bantuan kemanusiaan dan memenuhi keperluan segera masyarakat terjejas akibat bencana alam berkenaan.