awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan sekitar Ipoh akan ditutup mulai esok sempena Thaipusam

Bernama
Bernama
15/01/2022
14:17 MYT
Jalan sekitar Ipoh akan ditutup mulai esok sempena Thaipusam
Beberapa jalan di sekitar daerah Ipoh akan ditutup bermula esok sehingga 19 Jan ini sempena sambutan Thaipusam. - Foto BERNAMA
IPOH: Beberapa jalan di sekitar daerah Ipoh akan ditutup bermula esok sehingga 19 Jan ini sempena sambutan Thaipusam.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata kemuncak perayaan Thaipusam yang bakal disambut pada Selasa ini akan diadakan di dua lokasi iaitu di Kuil Sri Subramaniar, Gunung Cheroh, Jalan Raja Musa Aziz dan di Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Sungai Pari, Buntong di sini.
"Justeru, bagi melancarkan perjalanan dan keselamatan lalu lintas acara sambutan perayaan ini, beberapa jalan utama di bandar raya Ipoh akan ditutup atau dilencongkan secara berperingkat bermula 8 malam esok," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Yahaya berkata antara laluan yang terlibat ialah Jalan Sungai Pari, Jalan Tun Perak, Jalan Lahat, Jalan Sultan Yusoff, Jalan Sultan Iskandar, Jalan Sultan Idris Shah, Jalan Laxamana serta Jalan Raja Musa Aziz.
Beliau berkata selain itu penutupan jalan turut diadakan di Jalan Raja Ekram, Jalan Dato' Yeoh Cheng Lee, Jalan Dato' Onn Jaafar, Jalan Horley, Jalan Lim Bo Seng dan Jalan S.P Seenivasagam.
"Sehubungan itu, pengguna jalan raya khususnya warga Ipoh dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan memilih laluan alternatif bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan semasa penutupan jalan dibuat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jalan sekitar Ipoh
#tutup
#Thaipusam
#Kuil Sri Subramaniar
#kuil sri maha mariamman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan