awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan sekitar Ipoh ditutup bermula esok sempena sambutan Hari Kebangsaan

Bernama
Bernama
26/08/2024
14:39 MYT
Jalan sekitar Ipoh ditutup bermula esok sempena sambutan Hari Kebangsaan
Perarakan perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan akan diadakan di hadapan Dewan Bandaran Ipoh yang terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab. - Bernama
IPOH: Jalan di sekitar bandar raya Ipoh akan ditutup dan dilencongkan selama lima hari bermula esok bagi memberi laluan kepada perarakan perbarisan Sambutan Hari Kebangsaaan Kali ke-67 Tahun 2024 Peringkat Negeri Perak.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata perarakan perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan itu akan diadakan di hadapan Dewan Bandaran Ipoh yang terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di sini.
Beliau berkata antara laluan terlibat dengan raptai perarakan perbarisan sambutan berkenaan bermula pukul 6.30 pagi esok sehingga acara selesai ialah Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Jalan St. John, Jalan S.P Seenivasagam, Jalan Sultan Yusuf, Jalan Dato Maharajalela, Jalan Dato Sagor dan Jalan Tun Sambanthan, Jalan Sultan Iskandar Shah serta Jalan Bandar Timah.
"Penutupan jalan di hadapan Dewan Bandaran Ipoh akan dilaksanakan pada Rabu dan Jumaat bagi memberi laluan kepada raptai penuh kawad kawalan kehormatan utama bermula 8 pagi sehingga selesai," katanya dalam kenyataan hari ini.
Abang Zainal Abidin berkata jalan yang akan digunakan semasa sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos nanti ialah Padang Ipoh, Jalan Sultan Idris Shah, Jalan Sultan Yusuf, Jalan Lahat (Little India), Jalan Tan Sri Tajudin Ali, Bulatan Bahagia (Medan Kidd), Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dan Jalan S.P Seenivasagam.
Mengikut Abang Zainal Abidin, penutupan dan lencongan jalan akan dilaksanakan di jalan-jalan berkenaan bermula pukul 6.30 pagi.
Justeru, beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan dan memilih laluan alternatif bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas semasa penutupan dan lencongan jalan dilaksanakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jalan ditutup
#Ipoh
#perarakan perbarisan
#Hari Kebangsaan
#Dewan Bandaran Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan