awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditutup akibat tanah runtuh

Astro Awani
Astro Awani
18/09/2021
16:33 MYT
Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditutup akibat tanah runtuh
Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kinta dalam kenyataan memaklumkan penutupan kedua-dua lorong itu berkuat kuasa bermula jam 9 malam sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. - Gambar/ Media sosial
IPOH: Jalan Persekutuan FT 185 Simpang Pulai-Blue Valley (Cameron Highlands) Seksyen 43.9, di sini ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan selepas berlaku tanah runtuh akibat kegagalan cerun pada Sabtu.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kinta dalam kenyataan memaklumkan penutupan kedua-dua lorong itu berkuat kuasa bermula jam 9 malam sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
"Kejadian jalan tersebut berpunca daripada cerun runtuh kemungkinan disebabkan faktor hujan berterusan yang menyebabkan struktur tanah lemah dan tidak kukuh.
"Kawasan terlibat sepanjang 30 meter dan lebar dari aras jalan runtuh dianggarkan 4.5 meter.
"Status jalan ditutup pada semua jenis kenderaan," katanya.
Menurutnya, pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Persekutuan FT059 Jalan Tapah – Ringlet untuk jalan perhubungan sementara.
Katanya, pemantauan dari semasa ke semasa dilakukan oleh JKR dan pihak konsesi jalan persekutuan tersebut.
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#Cameron Highlands
#Jalan Simpang Pulai
#penutupan jalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan