awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
PERKESO giat tarik penjaja, peniaga kecil carum Lindung Kendiri
Belon meletup: MBPP akan tambah baik SOP, penggunaan gas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan Tun Razak bergema lagi dengan sokongan kepada Palestin

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
13/01/2024
04:36 MYT
Jalan Tun Razak bergema lagi dengan sokongan kepada Palestin
Para peserta perhimpunan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang agama dan bangsa hadir sejak jam 11 pagi. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Malaysia terus menyuarakan bantahan terhadap kekejaman Israel melalui Himpunan ‘Hari Bertindak Global: Gencatan Senjata Sekarang, Hentikan Perang di Gaza’ yang berlangsung berhampiran Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak, di sini hari ini.
Perhimpunan ini yang dianjurkan dengan kerjasama lebih 30 pertubuhan pro-Palestin, berlangsung serentak di sekurang-kurangnya 78 ibu kota di seluruh dunia.
Tinjauan Astro AWANI menyaksikan para peserta perhimpunan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang agama dan bangsa hadir sejak jam 11 pagi.
Kebanyakan hadir membawa plakad dengan laungan mesej yang sama, iaitu mengutuk kezaliman Israel terhadap rakyat Gaza.
Para peserta perhimpunan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang agama dan bangsa hadir sejak jam 11 pagi. - Astro AWANI
Para peserta perhimpunan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang agama dan bangsa hadir sejak jam 11 pagi. - Astro AWANI
Pengerusi Boikot, Pelupusan Pelaburan dan Sekatan (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail memberitahu Astro AWANI, dianggarkan 3,000 peserta akan hadir pada himpunan yang berlangsung dari jam 12 tengah hari hingga 3 petang hari ini.
“Kita tahu ketika ini ada perbicaraan di Makhamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tetapi Amerika Syarikat (AS) akan melobi.
“Jadi kita perlu terus bersuara untuk menghentikan kekejaman Israel dan pembunuhan beramai-ramai rakyat Gaza,” katanya, di sini.
Para peserta perhimpunan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang agama dan bangsa hadir sejak jam 11 pagi. - Astro AWANI
Para peserta perhimpunan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang agama dan bangsa hadir sejak jam 11 pagi. - Astro AWANI
Himpunan hari ini turut dijangka dihadiri beberapa wakil parti politik termasuk bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan wakil Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datin Paduka Che Asmah Ibrahim.
Ketika ini perang ke atas Gaza hampir memasuki hari ke-100 sejak ia tercetus pada 7 Oktober tahun lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Pertahan diri bukan jawapan bunuh rakyat Palestin - Afrika Selatan
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, angka kematian terus meningkat dengan lebih 23,000 terkorban, manakala sekurang-kurangnya 59,167 lagi cedera.
Topic Berkaitan
#Israel
#Gaza
#Kedutaan Besar AS
#Himpunan Tindakan Global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan