awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jambatan Pulau Pinang terus catat kejadian terjun laut

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
01/06/2022
04:37 MYT
Jambatan Pulau Pinang terus catat kejadian terjun laut
Kereta yang ditinggalkan mangsa yang berusia 22 tahun bersama barangan peribadi sebelum terjun ke laut. - Gambar ihsan JBPM
PERAI: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas bertindak terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 2.2 Jambatan Pulau Pinang arah Perai menghala ke Pulau awal pagi tadi.
Mangsa yang berusia 22 tahun itu dikatakan telah meninggalkan sebuah kereta jenis Peugeot bersama barangan peribadi di dalam kenderaan tersebut sebelum terjun ke laut.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perai, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 5.39 pagi tadi.
“Apabila pasukan Bomba dan Penyelamat sampai di lokasi kejadian dan terima maklumat dari orang awam, didapati seorang lelaki berbangsa India berusia 22 tahun telah terjun ke dalam laut dari atas Jambatan Pulau Pinang.
“Tindakan pasukan bomba membuat pemantauan dari atas jambatan untuk mengesan kedudukan mangsa namun dikhuatiri telah dihanyutkan oleh arus” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan Pos Kawalan Bomba (PKB) telah dibuka di Jeti Pangkalan Marin JBPM Mak Mandin, Butterworth.
Kejadian terjun dari Jambatan Pulau Pinang dilihat semakin menjadi-jadi kebelakangan ini apabila pada 24 Mei lalu, seorang wanita berusia 22 tahun meninggalkan sebuah kereta jenis Perodua Axia berwarna jingga bersama barangan peribadi di tepi tembok jambatan sebelum terjun ke dalam laut.
Malah sehari sebelum kejadian itu, insiden sama berlaku apabila seorang wanita berusia 27 tahun turut terjun dari Jambatan Pulau Pinang di kilometer 7.4 dari arah pulau menghala ke Perai.
Bagaimanapun, wanita itu berjaya diselamatkan oleh nelayan pantai yang berada berdekatan.
Dalam bulan sama juga, mayat pemuda berusia 28 tahun yang terjun ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang ditemui selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat dilakukan.
Mayat lelaki itu ditemui terapung berhampiran perairan Pulau Rimau oleh nelayan tempatan.
Untuk rekod, sebanyak 15 kes terjun Jambatan Pulau Pinang dilaporkan berlaku sejak Januari hingga Mei lalu.
Topic Berkaitan
#Jambatan Pulau Pinang
#terjun laut
#terjun dari jambatan
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan