awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jambatan runtuh, lebih 100 penduduk, penuntut politeknik terkandas

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
20/04/2025
05:30 MYT
Jambatan runtuh, lebih 100 penduduk, penuntut politeknik terkandas
Jambatan yang runtuh itu terletak di jalan masuk utama ke Hot Spring Felda Sungai Klah, Kampung Tisong dan Buyong Mas Sanctuary Camp Site. - Gambar/ JBPM
TAPAH: Lebih 100 penduduk kampung dan penuntut Politeknik Sultan Azlan Shah terkandas apabila jambatan di Sungai Klah dekat Sungkai, runtuh malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 10.46 malam.
Menurutnya, sebaik menerima maklumat itu, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor digerakkan ke lokasi.
“Setiba di lokasi, didapati berlaku kejadian jambatan runtuh di jalan masuk utama ke Hot Spring Felda Sungai Klah, Kampung Tisong dan Buyong Mas Sanctuary Camp Site yang mengakibatkan laluan masuk dan keluar terputus,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, terdapat kira-kira 45 orang yang terdiri daripada 17 keluarga iaitu 39 orang dewasa dan 16 kanak-kanak terkandas di Hot Spring Sg Klah, selain penduduk Kampung Orang Asli Tisong.
Menurutnya, terdapat juga 81 pelajar dari Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang yang berkursus di Buyong Mas Sanctuary Camp Site dan 10 kakitangan kem berkenaan.
Katanya, usaha membawa mangsa keluar dari kawasan berkenaan menggunakan jalan alternatif sedang dijalankan dengan kerjasama beberapa agensi lain.
Antara agensi terlibat ialah Pejabat Daerah Batang Padang, BBP Bidor, Balai Polis Sungkai dan Angkatan Pertahanan Awam Muallim.
Topic Berkaitan
#jambatan runtuh
#sungai klah
#hot spring
#pelajar politeknik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan