KUALA KRAI: Jambatan Gantung Sultan Ismail di sini yang dibina sekitar 1920-an, menghubungkan Kuala Krai dengan Kota Bharu, pernah menjadi nadi pengangkutan darat untuk rakyat melakukan urusan harian.
Meskipun tidak digunakan lagi sejak 1986 setelah jambatan baharu dibina bersebelahan, tetapi jambatan yang turut dikenali sebagai Gertak Gantung Sungai Nal oleh masyarakat setempat itu masih gah berdiri sebagai mercu tanda warisan kebanggaan rakyat Kelantan.
Namun, selepas lebih 100 tahun, jambatan dengan seni bina Eropah dan dibangunkan semasa penjajahan British itu, mungkin tidak bertahan lama kerana dikhuatiri akan runtuh bila-bila masa.
Tinjauan Bernama di jambatan sepanjang 21 meter dan lebar sembilan meter itu, mendapati terdapat beberapa kesan retakan pada struktur binaan dan berlaku hakisan tanah di kawasan berhampiran.
Penduduk Siti Faezah Ab Manaf, 33, berkata sekiranya tiada langkah segera untuk membaik pulih jambatan yang merentangi Sungai Nal itu, kemungkinan besar akan berlaku perkara yang tidak diingini sekali gus melenyapkan satu daripada peninggalan warisan sejarah di Kelantan.
"Semestinya kita rasa bimbang dan takut jika jambatan ini runtuh sebab ia adalah antara lambang seni bina zaman British di negeri ini.
"Pihak bertanggungjawab perlu segera ambil langkah sewajarnya untuk pastikan jambatan gantung ini terus dipelihara dan dilindungi supaya generasi akan datang tahu mengenai kewujudan jambatan bersejarah ini," katanya kepada Bernama semalam.
Bagi Mohamad Harithah Zuhal, 32, yang menetap di Selangor, setiap kali pulang bercuti ke kampungnya di Tumpat, beliau selalu menggunakan jalan bersebelahan jambatan itu yang menurutnya melahirkan rasa bangga apabila melihat khazanah negara itu masih tersergam indah.
"Bagaimanapun, pada minggu lalu ketika saya melalui jalan terbabit, saya dapati beberapa bahagian struktur binaan jambatan itu sudah retak dan seolah-olah seperti mahu runtuh.
"Jika benar berlaku retakan atau hakisan tanah di kawasan terbabit, pihak berwajib perlu segera ambil tindakan supaya jambatan ini tidak lenyap dalam lipatan sejarah negeri," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Kamarudin Md Nor berkata perbincangan bersama pegawai Majlis Daerah Kuala Krai sudah dilakukan sejak empat bulan lepas untuk membaik pulih jambatan berkenaan.
"Kita sedang menunggu maklum balas daripada pihak Majlis Daerah Kuala Krai untuk mengetahui punca dan kos yang diperlukan untuk baik pulih jambatan ini.
"Kami akan pastikan jambatan berusia lebih 100 tahun ini terus dipelihara dan menjadi antara kawasan daya tarikan untuk dikunjungi pelancong tempatan dan luar negara ke negeri Kelantan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 11 2024
Selepas lebih 100 tahun, Jambatan Gantung Sultan Ismail sepanjang 21 meter dan lebar sembilan meter itu didapati mempunyai beberapa kesan retakan pada struktur binaannya. - Foto BERNAMA
Separuh akhir Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik bangkit ikat kedudukan buat negara
Malaysia bangkit daripada ketinggalan apabila mengikat China 1-1 dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu ketika ini.
Piala Uber: Indonesia kejutkan Korea Selatan untuk ke final pertama sejak 2008
Indonesia mengejutkan juara bertahan Korea Selatan pada aksi separuh akhir hari ini.
El Nino: Bekalan lembu, kambing korban mencukupi - Mohamad Sabu
Bekalan lembu dan kambing bagi keperluan sambutan Aildiladha adalah mencukupi biarpun negara berhadapan cuaca panas susulan fenomena El Nino.
Kes pemerasan: Dua lagi polis berpangkat Inspektor, Sarjan ditahan - KPN
Dua lagi polis berpangkat Inspektor dan Sarjan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pemerasan berjumlah RM1.25 juta.
Fokus Minggu Depan: Indeks Kebebasan Media Malaysia merudum 34 anak tangga
Gunung Ruang muntahkan asap, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Cuaca di sekitar gunung berapi, satu daripada paling aktif di Indonesia berubah-ubah daripada cerah hingga mendung.
Program Penuaan Sihat tingkat kesedaran isu keuzuran warga emas
Program itu juga bagi mengenal pasti status kesihatan warga emas dalam komuniti supaya intervensi awal dapat dilaksanakan.
Merusuh dengan parang: Polis tahan 28 lelaki
Polis menahan 28 lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian merusuh bersenjatakan parang di Jalan Raja Uda, Butterworth.
Proses rekod, semak biometrik pelancong asing masih dilaksanakan - KP Imigresen
Proses semakan keselamatan seperti merekod dan menyemak biometrik pelancong asing termasuk dari China dan India masih dilaksanakan di semua pintu negara.
Senator AS Bernie Sanders sokong penuntut kolej pro-Palestin
Senator Amerika Syarikat (AS) Bernie Senders menyuarakan sokongannya pada Jumaat kepada penuntut kolej yang menunjuk perasaan terhadap serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Jambatan zaman British lebih 100 tahun dikhuatiri roboh bila-bila masa
Tinjauan mendapati terdapat beberapa kesan retakan pada struktur binaan dan berlaku hakisan tanah di kawasan berhampiran.