Jika Ketua Menteri Kelima Sarawak Allahyarham Tan Sri Adenan Satem dikenali sebagai pemimpin yang tidak terlalu mengikut protokol, balunya Datuk Amar Jamilah Anu tidak kurang hebat.
Selain arif tentang keperluan pendudukan kerana sering bersama-sama Adenan turun padang melawat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu, Jamilah dekat di hati penduduk kerana tidak kekok bercampur-gaul malahan boleh duduk semeja dengan penduduk setempat.
Berkongsi pengalaman itu bersama penulis, Pemanca Sematan Bujang Zally Man, 74, berkata sehubungan itu pemilihan Jamilah sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN Tanjong Datu dilihat tepat untuk mempertahankan kerusi itu.
Sebagai rakan karib yang sering berburu pelanduk, menjala atau mengail ikan bersama-sama Adenan, beliau mempunyai banyak kenangan bersama-sama pasangan itu dan yang paling diingatinya ialah ketika mereka menikmati juadah di sebuah gerai di Pasar Sematan.
"Kami bertiga bersama beberapa orang penduduk setempat menikmati juadah dan minum di sebuah gerai di kaki lima Pasar Sematan, Puan Sri sedikit pun tidak kekok, tidak besar diri untuk duduk semeja bersama," katanya.
Bujang Zally berkata Jamilah merupakan seorang isteri yang sentiasa menyokong apa juga aktiviti Adenan atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan termasuk dalam soal berburu dan mengail ikan.
"Dari situ boleh dilihat beliau seorang yang 'simple', saya juga percaya beliau sudah arif dengan keperluan penduduk di Tanjong Datu hasil pengalaman turun padang bersama-sama Allahyarham sebelum ini," katanya.
Bagi Bass Kadam, 47, pemergian Adenan, seorang pemimpin yang sedang giat membawa pembangunan ke Lundu dan Sematan amat dirasai.
Pesara tentera itu berkata namun begitu pemilihan Jamilah sebagai calon untuk mempertahankan kerusi DUN Tanjong Datu amat bertepatan memandangkan pengalaman diperolehi hasil turun padang bersama-sama Adenan sebelum ini.
"Penganti Tok Nan diharap dapat teruskan buat apa yang telah dibawa serta dibuat di Lundu dan Sematan setakat ini. Legasi beliau seperti (projek) Lebuh Raya Pan Borneo, khususnya laluan dari Telok Melano ke Sematan akan merubah landskap kawasan ini.
"Manakala Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) Kampus Lundu bakal memberi manfaat kepada golongan belia kawasan ini," katanya.
Penghulu Zon Stunggang Melayu Daerah Lundu, Ibrahim Suni, 68, berkata pengganti Adenan perlu berpandangan jauh, berfikiran terbuka serta mampu bekerjasama dengan penduduk setempat bagi merealisasikan hasrat serta harapan yang telah dirancang ketua menteri kelima Sarawak itu.
"Saya berharap pengganti Tok Nan dapat membawa pembangunan sepertimana dirancang sebelum ini, jadi penganti itu perlu sefahaman. Saya yakin ciri-ciri itu ada pada balu beliau," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 4 Feb bagi penamaan calon bagi PRK DUN Tanjong Datu manakala pengundian pada 18 Feb.
PRK itu diadakan berikutan kematian Adenan yang merupakan penyandang kerusi itu pada 11 Jan lepas akibat komplikasi jantung.
Pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11 Mei tahun lepas, Adenan, 72, mendapat 6,360 undi mengalahkan calon PKR, Jazolkipli Numan dengan majoriti 5,892 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 03 2017
Kredibiliti Datuk Amar Jamilah Anu sehebat Ketua Menteri Kelima Sarawak Allahyarham Tan Sri Adenan Satem. - Gambar fail
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
BN menang majoriti besar tanda rakyat ingati sumbangan Tok Nan
Kemenangan besar calon BN Datuk Amar Jamilah Anu pada PRK DUN Tanjong Datu bermakna rakyat di kawasan ini masih mengingati dan menyayangi Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.
Anak Tok Nan rayu sokongan pengundi kaum Iban
Azizul meminta pengundi kaum Iban di daerah ini memberi sokongan yang sama kepada ibunya Datuk Amar Jamilah Anu seperti mana mereka menyokong arwah bapanya dulu.
BN amal kempen secara sederhana bagi menghormati pemergian Adenan
Kempen Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Tanjong Datu kini berlangsung secara sederhana.
Jamilah arif tentang penduduk Tanjong Datu - Penduduk
Jika Ketua Menteri Kelima Sarawak Allahyarham Tan Sri Adenan Satem dikenali sebagai pemimpin yang tidak terlalu mengikut protokol, balunya Datuk Amar Jamilah Anu tidak kurang hebat.
PRK Tanjong Datu: Anggota polis ditambah jika ada pertandingan
Jumlah anggota polis yang bertugas bagi memastikan kelancaran Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu akan ditambah sekiranya berlaku pertandingan, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor.
Fadillah harap BN menang tanpa bertanding di Tanjung Datu
Ketua Pemuda PBB Datuk Seri Fadillah Yusof berharap Barisan Nasional (BN) akan menang tanpa bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu.
Kabinet Sarawak masih baharu, tiada keperluan dirombak - Pemerhati
Keputusan Abang Johari mengekalkan barisan Kabinet yang dibentuk Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, adalah bagi memberi tumpuan meneruskan usaha yang ditinggalkan, kata seorang pemimpin parti.
Abang Johari teruskan agenda dan dasar Allahyarham Adenan
Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan anggota kabinetnya berikrar untuk meneruskan khidmat bakti yang dilaksanakan oleh Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.
PM Najib yakin Abang Johari dapat teruskan legasi Adenan
Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Ketua Menteri baharu Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg akan dapat meneruskan legasi Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.