KUALA LUMPUR: Menjamin keselamatan makanan dan tenaga serta persediaan menghadapi perubahan iklim dengan menumpukan kepada peralihan yang adil dan saksama serta pembinaan kapasiti adalah antara strategi penting yang perlu diambil oleh Malaysia untuk mengharungi pergolakan dalam ekonomi global.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata negara perlu melindungi keselamatan makanan dan tenaganya daripada peningkatan pengeluaran dan kemeruapan harga di tengah-tengah konflik geopolitik, gangguan rantaian bekalan, usaha menghapuskan kesalingbergantungan antara negara dan perubahan iklim.
"Kita perlu mempunyai perancangan yang baik dan kita perlu melakukannya dengan pantas. Memandangkan peningkatan ketegangan geopolitik global, kita perlu menimbang dengan serius untuk melabur membina rantaian bekalan seluruh ASEAN yang lebih kukuh terutamanya bagi keselamatan makanan dan tenaga," katanya pada ucapan penutup Forum Khazanah Megatrends 2022, di sini, hari ini.
Beliau berkata indeks harga pengguna Malaysia meningkat kepada 4.7 peratus pada Ogos 2022 atau 3.1 peratus setakat tahun ini, disebabkan terutamanya kenaikan harga dalam komponen diimport yang yang membekalkan kepada industri pertanian dan makanan, seperti baja dan makanan haiwan.
Bagaimanapun, Tengku Zafrul berkata inflasi Malaysia masih terkawal meskipun berdepan tekanan tolakan kos global hasil daripada kapasiti tambahan dalam ekonomi, kawalan harga sedia ada dan subsidi kerajaan yang berjumlah hampir RM80 bilion bagi 2022.
Justeru beliau menggesa syarikat Malaysia untuk lebih bersiap sedia dan melabur bagi membina rantaian bekalan ASEAN yang lebih kukuh dalam industri kritikal.
Memandangkan tahap pembangunan yang berbeza dalam setiap ekonomi, pelabur agak memilih di mana mereka mahu melabur dan bersikap oportunis dalam mengambil keputusan perniagaan mereka, katanya.
"Jika penggubal dasar ASEAN boleh menyelaras dan saling bekerjasama dengan rapat, kita boleh mengenal pasti industri kritikal yang kita boleh tingkatkan dan perkukuhkan untuk menjadi bahagian kritikal dalam rantaian bekalan global
"Ia akan memberi manfaat bukan hanya kepada ekonomi individu, tetapi juga berfungsi sebagai strategi mitigasi dalam menghadapi bencana seperti pandemik dan ketegangan geopolitik yang berlaku di bahagian lain di dunia," katanya.
Sementara itu Tengku Zafrul turut mencadangkan setiap pihak untuk mengamalkan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dan bukan hanya sekadar menjadi cara untuk memperkayakan lagi golongan kaya dan memiskinkan lagi golongan miskin.
Dalam usaha untuk mencapai status negara karbon neutral menjelang 2050, terdapat risiko gangguan yang serius kepada pasaran buruh, prasarana dan landskap geografi dan justeru itu, sebarang hasil negatif daripada peralihan itu perlu diminimumkan.
"Pertimbangan ESG akan menjadi tunjang utama bagi keputusan perniagaan oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan dan syarikat korporat lain pada masa depan.
"Bagi Malaysia, mencapai keseimbangan optimum antara memajukan peralihan hijau dan mencatatkan pertumbuhan dalam jangka terdekat, juga suatu yang kritikal," katanya.
Beliau berkata akan ada pelbagai langkah berkaitan ESG dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini untuk menyokong usaha syarikat korporat Malaysia bagi menjadikan ekosistem perniagaan bukan sahaja berdaya maju dan berdaya tahan tetapi juga adil dan saksma.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 04 2022
Tengku Zafrul menggesa syarikat Malaysia untuk lebih bersiap sedia dan melabur bagi membina rantaian bekalan ASEAN yang lebih kukuh dalam industri kritikal. - Gambar fail/Astro AWANI
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
AWANI 7:45 [26/04/2024] - Wajar tidak dijemput | UM jemput pensyarah Pro-Israel | Rumah terbuka di Kuala Kubu Bharu | Penamaan calon pada Sabtu
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi;
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
Freedom Flotilla to Gaza: NGO Malaysia gesa kerajaan mohon kebenaran Republik Guinea-Bissau guna bendera
Kumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia menggesa kerajaan untuk membantu memudahkan misi pelayaran misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza.
Jangan pilih merengek, sebaliknya berunding bantu rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menempelak pendirian pemimpin yang memilih merengek dan mencaci usaha kerajaan membantu semua kaum, yang hanya merugikan rakyat.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Jaminan makanan dan tenaga, persediaan hadapi perubahan iklim strategi penting harungi pergolakan ekonomi - Tengku Zafrul
Ia adalah antara strategi penting yang perlu diambil oleh Malaysia untuk mengharungi pergolakan dalam ekonomi global.