KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Adam Radlan Adam Muhammad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah melibatkan projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta rasuah sejumlah 3.5 hingga 7 peratus daripada nilai projek yang akan diperoleh daripada Pengarah Urusan MIE Infrastructure & Energy Sdn Bhd Mat Jusoh Mamat sebagai dorongan untuk membantu syarikat mendapatkan Surat Setuju Terima bagi projek di bawah program Jana Wibawa daripada Kerajaan Malaysia.
Pertuduhan dijalankan bawah Seksyen 16(a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.
Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh menerima rasuah wang tunai sejumlah RM500,000 ke dalam Akaun CIMB Bank Berhad miliknya daripada Pengarah Urusan syarikat MIE Infrastructure & Energy Sdn Bhd, Mat Jusoh Mamat sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan Surat Setuju Terima bagi Projek Membina Jalan Sg Adam ke Kg Banat, Perlis daripada Kerajaan Malaysia secara rundingan terus yang jumlah keseluruhannya bernilai RM47,800,000.
Dia didakwa di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun; dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.
Dia dibenarkan diiikat jamin sebanyak RM120,000 serta pasport antarabangsa diserah kepada mahkamah dan melapor diri di SPRM setiap bulan.
Kes disebut semula pada 23 Mac.
Rahimah Abdullah
Tue Feb 21 2023

Adam Radlan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah melibatkan projek Jana Wibawa. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

ARC: Hong Kong terlalu kuat buat skuad Bunga Raya
Skuad Bunga Raya ternyata bukan tandingan lawan yang merupakan pasukan kedua terbaik Asia dan ke-24 dalam ranking dunia.

Industri perbankan akan berkembang di bawah Abdul Rasheed - ABM
Khairussaleh berkata industri perbankan akan mendapat manfaat daripada pengalaman Abdul Rasheed.

Habuan cecah RM1 juta menanti atlet para negara
Subramaniam percaya barisan atlet para akan menerima habuan masing-masing selepas berjuang mengharumkan nama Malaysia.

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik tamatkan cabaran di separuh akhir
Aaron-Wooi Yik tewas kepada Liang Wei Keng-Wang Chang dari China 21-16, 15-21, 17-21, sekali gus memburukkan lagi rekod mereka.

Musthafa Kamal yang hilang ketika umrah disahkan meninggal dunia di Makkah
Mereka sekeluarga reda dengan pemergian ayahnya itu setelah menerima pengesahan mengenainya daripada Kedutaan Malaysia pada Jumaat.

DSV mahu kembalikan zaman kegemilangan Kelantan FC
Jika berjaya ambil alih, ini kali kedua DSV terlibat dengan Kelantan FC, selepas pada 2016, dengan nilai tajaan melebihi RM16 juta.

UCL 2023: Manchester City muncul juara, tundukkan Inter Milan
Inter Milan hampir menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir apabila sepakan Romelu Lukaku diselamatkan oleh Ederson.

PAU2023: UMNO perlu bangkit jadi pilihan rakyat - Wan Rosdy
Wan Rosdy membangkitkan persoalan, adakah ahli UMNO dan BN gagal mempengaruhi keluarga dan saudara terdekat untuk menyokongnya.

Resepi para renang, olahraga boleh jadi inspirasi buat atlet normal - Hannah
Ia juga bertujuan melihat 'rahsia' kejayaan 50 emas, 38 perak dan 34 gangsa yang diraih kontinjen para negara untuk dikongsikan bersama MOM.

Belarus akan terima senjata nuklear pada Julai - Putin
Putin berkata persiapan di kemudahan berkaitan akan diselesaikan pada 7 dan 8 Julai sebelum pemindahan senjata nuklear dilaksanakan.

Wan Saiful mohon ketepikan tuduhan kes rasuah
Wan Saiful memfailkan permohonan untuk mengetepikan dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa yang dihadapinya.

Jana Wibawa: Kes rasuah Adam Radlan RM4.1 juta pindah ke KL
Kes Adam Radlan yang menghadapi dua pertuduhan menerima rasuah masing-masing berjumlah RM2 juta dan RM2.1 juta berhubung Jana Wibawa akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

RM7.2 bilion nilai projek kepada kontraktor Jana Wibawa di KKDW dibatalkan
Sebanyak RM7.2 bilion nilai projek yang diserahkan kepada kontraktor Program Jana Wibawa membabitkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dibatalkan.

Kes Jana Wibawa: Pendakwaan berhasrat pindah kes rasuah Adam Radlan
Pendakwaan berhasrat untuk memindahkan kes terhadap Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut itu ke Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Tuduhan rasuah: Wan Saiful akan kemuka representasi
Datuk Wan Saiful Wan Jan akan mengemukakan representasi membabitkan dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta.

Datuk Roy, bekas Timbalan Pendaftar Mahkamah bebas reman
Majistret Mahkamah Putrajaya, Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan anak guam dilepaskan masing-masing dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri ke pejabat SPRM setiap bulan.

Projek Jana Wibawa: Bekas Timbalan Pendaftar Mahkamah ditahan SPRM
SPRM menahan seorang bekas Timbalan Pendaftar Mahkamah, kerana disyaki bersubahat meminta wang suapan berjumlah kira-kira RM2 juta.

Jana Wibawa: 'Datuk Roy' ditahan semula, direman 4 hari bermula hari ini
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

Jana Wibawa: "Datuk Roy" dibebas dengan jaminan SPRM
Seorang ahli perniagaan dikenali sebagai "Datuk Roy" yang direman tiga hari bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan program Jana Wibawa, dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Tender perlu dianugerah berdasarkan kepada keupayaan, rekod prestasi syarikat - PM
Perdana Menteri berkata ini merupakan prinsip-prinsip yang menjadi panduan dalam menawarkan tender bagi projek-projek besar dalam negara.