awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Jangan ada campur tangan, harap keputusan diadili sepenuhnya"

Astro Awani
Astro Awani
26/09/2019
10:59 MYT
"Jangan ada campur tangan, harap keputusan diadili sepenuhnya"
Mohd Kassim sememangnya mengharapkan agar proses penghakiman inkues dapat dijalankan tanpa diganggu oleh mana-mana pihak.
“Saya tidak pernah berhenti berdoa untuk anak saya.”
Demikian luahan Asma Aziz yang merupakan ibu kepada anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang cedera parah dipercayai diserang perusuh ketika malam rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Subang Jaya pada 27 November lalu yang mengharapkan keputusan inkues pada Jumaat akan diadili sepenuhnya.
Esok merupakan keputusan bagi prosiding inkues kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang akab berlangsung di Mahkamah Koroner Shah Alam dijadualkan jam 9 pagi Jumaat setelah Koroner Rofiah Mohammad pada 24 Julai lalu membuat keputusan untuk menamatkan sesi inkues apabila berpuas hati dengan keterangan kesemua saksi.
“Tiap-tiap saat saya tak pernah lupa masa pergi Mekah pun itu hal yang pertama saya doa dulu, esok makcik akan pergi pagi dan kita pun ada buat bacaan Yassin buat di masjid,” katanya ketika ditemui wartawan Astro AWANI di kediamannya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah, Kedah pada Khamis.
Sementara itu bagi bapa Allahyarham, Mohd Kassim Abdul Hamid, 63 tahun, sememangnya mengharapkan agar proses penghakiman inkues dapat dijalankan tanpa diganggu oleh mana-mana pihak.
“Kita minta tiada campur tangan orang yang tak sepatutnya dan itu yang kita harapkan sangat,” katanya.
Muhammad Adib merupakan anggota bomba Balai Subang Jaya meninggal dunia setelah 21 hari bertarung nyawa di Institut Jantung Negara IJN pada 17 Disember lalu pada jam 9.41 malam.
Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid As Saadah Kampun Tebengau, Kuala Kedah sehari selepas allahyarham meninggal dunia.
Topic Berkaitan
#Inkues Adib
#JBPM
#mahkamah koroner
#PDRM
#Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan