KUCHING:Orang ramai diminta agar tidak mengambil ringan ancaman penyakit anjing gila atau rabies.
Gesaan itu disuarakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berikutan situasi terkini penyakit berkenaan di negeri itu yang menyaksikan seorang mangsa meninggal dunia pada Jumaat.
“Rabies boleh dicegah, namun anjing perlu diberikan suntikan vaksin anti-rabies yang juga disediakan secara percuma oleh kerajaan negeri," katanya ketika dihubungi AWANI Sarawak.
Tambah Dr Sim kematian akibat rabies boleh dielakkan jika pesakit digigit atau dicakar anjing mendapatkan vaksin percuma dengan segera di setiap hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Jika diberikan vaksin, 99.9 peratus mereka yang terkena gigitan akan selamat dari ancaman rabies.
“Sekiranya anjing tersebut membawa virus rabies dan ia merebak sampai ke bahagian otak mangsa gigitan, 99.9 peratus boleh membawa kematian,”jelasnya.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisyam Abdullah, kes Rabies terbaharu itu menjadikan jumlah kes penyakit tersebut menjangkiti manusia di Sarawak meningkat kepada enam kes bagi tahun 2020 dan kes ke-28 sejak wabak rabies diisytiharkan di Sarawak pada 31 Julai 2017.
Pada Jumaat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan seorang remaja wanita berusia 16 tahun meninggal dunia akibat rabies.
Mangsa merupakan kes jangkitan rabies dalam kalangan manusia keenam tahun ini dan yang ke-28 sejak wabak rabies diisytiharkan di Sarawak pada 31 Julai 2017.
Mangsa telah disahkan dijangkiti virus rabies pada 12 November 2020 melalui ujian makmal yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).
Siasatan mendapati mangsa tiada sebarang sejarah gigitan anjing atau haiwan lain.
Namun terdapat kesan cakaran yang telah sembuh di kaki kanan mangsa. Bagaimanapun ahli keluarganya tidak dapat memberi perincian mengenainya.
Mangsa dikatakan ada memelihara empat ekor kucing dan seekor anjing.
Kesemua haiwan berkenaan tidak pernah mendapat vaksinasi namun dalam keadaan sihat dan tiada perubahan tingkah laku.
Nuzuluddin Abdul Razak
Sat Nov 21 2020

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak giat mengadakan Program Vaksinasi Rabies secara percuma kepada pemilik anjing. - Foto BERNAMA

AWANI Ringkas: PM ucap Selamat Hari Thaipusam | DPMM agih bantuan ke negeri dilanda banjir

AWANI Ringkas: Pasukan khas pantau SOP | Anwar: Darurat punca FDI merosot

Thaipusam: Pergerakan pedati Perak P.Pinang diluluskan MKN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bertindak menjaga keamanan bagi memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku sepanjang pergerakan ke Kuil Nattukottai Chettiar, di Jalan Air Terjun di sini.

Orang ramai diminta tidak menjerat babi hutan elak ia bertindak ganas
Sesiapa yang mengesan kehadiran babi hutan di sesuatu kawasan perlu membuat aduan kepada pihaknya untuk tindakan lanjut.

COVID-19: Angka korban seluruh dunia kini lepasi 2.16 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 427,000 kes.

Tambahan bot pemintas, peronda bantu mantapkan tugas APMM di perairan Perak
Bot pemintas Benteng 1206 diterima APMM Perak bulan lepas manakala bot peronda Perkasa 1223 pada awal tahun ini.

COVID: Lelaki Malaysia antara tiga kes import baharu bergejala di Singapura
Dilabelkan sebagai Kes 59676, pemegang permit kerja itu tiba di sini dari negara asalnya.

Jelajah dunia akhir: Nasib berbeza buat pemain negara
Zii Jia yang menduduki ranking ke-10 dunia, bangkit dari kekalahan 16-21 pada set pertama untuk mengikat kedudukan dengan kemenangan 21-12 pada perlawanan yang berlangsung di Impact Arena, Bangkok.

MBAM minta kerajaan beri subsidi bagi kos berkaitan COVID-19 melibatkan pekerja asing
Ia bertujuan meringankan beban industri pembinaan dan menggalakkan ujian saringan besar-besaran dengan menggunakan peralatan pada harga yang berpatutan.

Kepadatan penduduk antara faktor kes COVID harian tinggi di Selangor
Seluruh penduduk di Selangor harus kekal berdisiplin dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Wanita berusia 53 tahun korban terbaharu rabies di Sarawak
Seorang wanita berusia 53 tahun menjadi korban terbaharu kes rabies di Sarawak.

Jangan ambil ringan ancaman rabies - Dr Sim
Pemilik anjing digesa mendapatkan suntikan anti-rabies untuk anjing yang disediakan secara percuma oleh kerajaan negeri Sarawak.

Remaja 16 tahun korban terbaharu rabies di Sarawak
Mangsa disahkan meninggal dunia pada 11 November 2020 setelah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak sehari sebelum itu.

Seorang lagi mangsa rabies meninggal dunia di Sarawak
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu juga menjadikan sejumlah 27 kes rabies dikesan di Sarawak sejak kes pertama pada 31 Julai 2017.

Wanita di Sibu korban terbaharu rabies
Mangsa telah disahkan meninggal dunia pada 18 Oktober lalu di Hospital Sibu.

Lelaki dari Kuching korban terbaharu rabies
KKM telah mengesahkan mangsa meninggal dunia pada 8 September 2020 akibat jangkitan rabies encephalitis.

Rabies: Sarawak catat satu kematian terbaharu
Seorang lelaki dari Sibu berusia 62 tahun menjadi mangsa korban terbaharu akibat wabak rabies di Sarawak.

Kekang kemasukan anjing liar, Sarawak tubuhkan IBET
Kerajaan negeri Sarawak meluluskan penubuhan Immune Belt Enforcement Team (IBET) bagi mengekang kemasukan anjing liar ke negeri itu.

Mandulkan anjing dan kucing boleh kurangkan risiko rabies - Doktor veterinar
Pemandulan akan mengurangkan populasi anjing dan kucing terbiar sekaligus mengurangkan risiko penularan rabies.

Suntikan vaksin anti-rabies diteruskan di Sarawak semasa PKPP
Suntikan vaksin anti-rabies diteruskan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika ini.