Orang ramai harus berhati-hati apabila memberi maklum balas mengenai peperiksaan sulung Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan tidak membandingkannya dengan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan berkata kedua-dua peperiksaan berbeza kerana kedua-duanya bukan sahaja dijalankan dalam format yang berbeza tetapi juga mempunyai tujuan yang berbeza.
"Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi" digunakan dalam PT3 dan tidak seperti PMR, semua kertas PT3 terdiri daripada soalan subjektif yang memerlukan pelajar untukberfikir dan proses penandaan juga telah dipertingkatkan.
"Pada dasarnya, ini adalah dua set peperiksaan yang berbeza dan membandingkannya adalah usaha yang sia-sia," katanya dalam catatan terbaharu beliau hari ini bertajuk "Marilah kita bekerja bersama-sama untuk masa depan yang lebih baik untuk pelajar kita " dalam blognya, pkamalanathan.blogspot.com.
Beliau berkata keputusan PT3 yang diumumkan pada Isnin telah mendapat pujian serta kritikan daripada pihak berkepentingan dan orang awam.
"Setiap maklum balas adalah berharga kerana niat kita adalah sama; untuk memastikan pelajar kita di Malaysia diberi pendidikan yang terbaik. Seperti dalam mana-mana usaha baharu atau perubahan positif, masa adalah amat penting.
"Kita perlu berlaku adil dalam maklum balas kerana inisiatif baharu ini adalah pembelajaran yang memerlukan sokongan semua untuk mencapai matlamatnya," kata Kamalanathan.
Beliau berkata keberkesanan perubahan tidak sentiasa dapat dilihat segera, terutama apabila ia berkenaan pendidikan. Ia mungkin mengambil sedikit masa untuk memperincikanformat baharu ini.
"Bagaimanapun, maklum balas yang membina amat dialu-alukan kerana objektif bersama ialah untuk kecemerlangan dalam sistem pendidikan kita," tambah beliau.
Kamalanathan berkata beliau secara peribadi tidak bersetuju dengan mereka yang secara membabi buta mengkritik peperiksaan PT3 yang berdasarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTs).
"Perbandingan paling asas ialah pada pelajar yang telah menunjukkan prestasi yang baik dalam peperiksaan PT3 itu. Saya pasti mereka telah melalui sistem pendidikan yang sama kerana setiap pelajar lain, jika tidak di seluruh negara, tetapi sekurang-kurangnya di sekolah masing-masing.
"Jika mereka dapat memahami format baharu dan melaksanakannya, apakah cabaran bagi pelajar lain?," Kamalanathan mempersoalkan.
Kamalanathan berkata, satu lagi kes yang menarik perhatian ialah Aisyah Azizul Raheem, 15, anak sulung pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal yang ditahan oleh pihak berkuasa Sweden kerana mendera anak mereka.
"Beliau menunjukkan prestasi yang baik, memperoleh 5A walaupun dia hanya belajar selama sebelas bulan di Malaysia, di tengah-tengah krisis keluarga. Memandangkan situasi yang dihadapinya, pencapaiannya adalah luar biasa.
"Persoalan yang perlu ditanya ramai orang ialah mengapa ramai pelajar kita sendiri mendapati PT3 satu cabaran atau sukar, seperti didakwa oleh sesetengah daripada mereka dan ibu bapa mereka dalam media.
"Saya ingin menyeru kepada semua pihak untuk bersama-sama dan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk memastikan hasrat kami untuk menyediakan pendidikan berkualiti tercapai dalam masa sesingkat yang mungkin, " katanya. Kamalanathan berkata gesaan itu membabitkan penglibatan yang berterusan dan maklum balas yang membina daripada semua pihak berkepentingan.
"Saya yakin Kementerian Pendidikan mengalu-alukan semua maklum balas yang membina dan komited untuk melakukan apa yang diperlukan untuk sistem pendidikan kita menjadi antara yang terbaik di dunia," katanya.
Sebanyak 453,413 calon yang menduduki peperiksaan PT3 di 2,608 pusat peperiksaan di seluruh negara pada Oktober menerima keputusan mereka pada Isnin (22 Dis).
Ini kali pertama penilaian PT3 dilaksanakan untuk menggantikan PMR yang diperkenalkan pada 1993.
Bernama
Thu Dec 25 2014
Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan berkata kedua-dua peperiksaan berbeza kerana kedua-duanya bukan sahaja dijalankan dalam format yang berbeza. - Foto Astro AWANI
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
E-sukan sebagai subjek sekolah di Malaysia?
Adakah Malaysia bakal mencontohi negara jiran dengan memperkenalkan subjek e-sukan dalam sukatan pelajaran di sekolah?
Tindakan tegas terhadap syarikat kawalan keselamatan sekolah - Kamalanathan
Antara tindakan itu termasuk tidak melanjutkan kontrak syarikat berkenaan kerana tindakan mogok di dua sekolah baru-baru ini boleh membahayakan keselamatan pelajar.
Kementerian Pendidikan gantung syarikat pembekal mi goreng 'kaca'
Kementerian Pendidikan telah menggantung perkhidmatan syarikat yang membekal mi goreng di pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Nigel Gardner, Hulu Selangor
'Guru holistik platform lahir murid cemerlang' - Kamalanathan
Kewujudan guru holistik menjamin pembentukan murid cemerlang yang mampu mentaksir kebijaksanaan merangkumi akal dan kecerdasan emosi.
Jerebu: Sekolah di KL, Selangor, Putrajaya, N.Sembilan, Melaka diarah tutup Selasa
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengarahkan sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup.
'Menteri Pendidikan jangan malas tinjau sekolah pedalaman' - Dr Mohd Puad
Sikap malas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan punca sekolah di Keningau, Sabah serta beberapa lagi sekolah pedalaman masih berada dalam keadaan daif.
Mahasiswa perlu berani, fikir lebih luas terokai bidang pekerjaan - Kamalanathan
Golongan mahasiswa perlu berani dan berfikiran lebih luas untuk meneroka bidang pekerjaan, kata Timbalan Menteri Pendidikan II P.Kamalanathan.
Tiada pemotongan bajet sekolah untuk peruntukan banjir - Kamalanathan
Tiada pemotongan bajet sedia ada untuk sekolah di negara ini yang diambil bagi disalurkan kepada mangsa banjir di Pantai Timur.
Kerajaan kaji larangan bawa telefon bimbit ke sekolah - Kamalanathan
Kementerian Pendidikan sedang mengkaji cadangan untuk menimbang semula keputusannya untuk tidak membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah.
Pentadbiran sekolah jangan keterlaluan, baju kurung milik orang Malaysia - Nik Safiah
Pentadbiran sekolah dinasihatkan supaya menghormati tata pakaian seragam pelajar yang sudah ditetapkan dan tidak sekali-kali membezakannya mengikut agama atau bangsa tertentu.