Anggota pentadbiran awam Kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan tidak boleh menerima hadiah daripada mana-mana pihak.
Ini termasuk Menteri dan juga Setiausaha Politik.
Polisi ini dibuat sebagai salah satu langkah Kerajaan menghapuskan amalan rasuah.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dasar tidak menerima hadiah ini sebelum ini hanya tertumpu kepada penjawat awam.
"Sekarang ini saya tidak boleh terima apa-apa hadiah. Kalau ingin beri apa-apa, bunga boleh, makanan boleh, buah-buahan pun boleh," kata Dr Mahathir.
Selain itu, beliau turut mengumumkan bahawa pengisytiharan harta bagi anggota pentadbiran akan dibuat kepada Perdana Menteri.
"Namun, Perdana Menteri perlu memberi pengisytiharan tersebut kepada agensi berkaitan supaya kita dapat memastikan tiada unsur atau elemen rasuah," kata beliau.
Dr Mahathir berkata demikian selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah di Jabatan Perdana Menteri pada hari ini.
Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Menteri dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Dalam sidang media tersebut, Abu Kassim turut memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang Pembiayaan Politik akan digubal dengan kadar segera.
Selain itu, turut diumumkan bahawa Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN), Institut Integriti Malaysia (IIM), Biro Pengaduan Awam (BPA) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) akan diletakkan dibawagh GIACC.
"Bagi memastikan struktur dan fungsi baharu tidak bertindan, GIACC perlu menyelaras dan mengemukakan input cadangan mekanisme penstrukturan semula agensi-agensi berkenaan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dengan mengambilkira penjimatan kos kerajaan dan penyemakan semula jumlah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri," katanya.
Hafiz Marzukhi
Fri Jun 08 2018
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dasar tidak menerima hadiah ini dibuat sebagai salah satu langkah Kerajaan menghapuskan amalan rasuah.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Perluas 'community farming' bantu kanak-kanak kurang nutrisi - Dr Wan Azizah
Ia bagi membantu mengatasi masalah kurang nutrisi dalam kalangan kanak-kanak yang tinggal di kawasan bandar.
Tingkatkan pemantauan kanak-kanak terhadap bahaya alam siber - Dr Wan Azizah
Dr Wan Azizah berkata pada zaman siber kini, kanak-kanak akan sentiasa terdedah kepada bahaya alam siber walaupun mereka tidak keluar dari rumah atau keluar malam.
'Ratu Naga' beri keterangan di Bukit Aman
Syarul Ema Rena memberi keterangan berkaitan hantaran menerusi laman Instagram dan TikTok itu di Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Kasih Malaysia hulur sumbangan kepada Pusat Jagaan Titian OKU Nur
Kasih Malaysia turut menyumbang barangan keperluan seperti bakul makanan, lampin, cadar dan berus gigi kepada penghuni pusat jagaan tersebut.
5,000 bayi dilahir di Malaysia setiap tahun hidap masalah jantung
Penyakit jantung merupakan salah satu penyebab kematian di Malaysia dan dianggarkan setiap tahun 5,000 bayi yang dilahirkan mempunyai masalah jantung berlubang dan kongenital di negara ini.
Perdana Menteri dijangka hadir tayangan 'Anwar, The Untold Story'
Anwar akan menonton filem tersebut bersama 258 tetamu VIP yang terdiri daripada penggiat industri hiburan, tokoh politik dan selebriti.
Hati-hati, utamakan keselamatan ketika pulang ke kampung - Dr Wan Azizah
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihati orang ramai yang akan pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri supaya berhati-hati dan mengutamakan keselamatan.
PM Anwar, isteri selesai mengerjakan umrah
Perdana Menteri mengadakan lawatan kerja tiga hari di negara itu atas undangan kerajaan Arab Saudi.
"Saya kagum dengan semangat perjuangan papa dan mama selama 22 tahun" - Nurul Ilham Anwar
Nurul Ilham berkongsi perasaan bergelar anak Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah.
Anwar tiba di Singapura untuk lawatan rasmi
Anwar diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk lawatan rasmi ketiganya ke luar negara sejak dilantik sebagai perdana menteri.