awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan biarkan politik kebencian terus menebal sehingga berita palsu, fitnah jadi panduan - Fahmi

Bernama
Bernama
21/07/2024
15:39 MYT
Jangan biarkan politik kebencian terus menebal sehingga berita palsu, fitnah jadi panduan - Fahmi
Kata Fahmi, menginjak usia 67 tahun kemerdekaan negara, perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, agama dan latar belakang, sewajarnya semakin utuh. - Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta rakyat Malaysia untuk tidak membiarkan politik kebencian terus menebal, sehingga berita palsu dan fitnah dijadikan panduan.
Beliau berkata ini berikutan berita palsu dan fitnah itu berbahaya, sehingga boleh merosakkan imej negara, meruntuhkan keharmonian dan perpaduan yang sudah sekian lama terjalin, serta memberi ancaman kepada kemerdekaan negara.
"Menginjak usia 67 tahun kemerdekaan negara, perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, agama dan latar belakang, sewajarnya semakin utuh.
"Kita telah pun memasuki fasa sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia. Justeru, ketepikanlah segala perbezaan dan hayati erti sebenar kemerdekaan yang membawa kepada penyatuan seluruh warganegara," katanya di laman X hari ini.
Dalam pada itu, Fahmi turut menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah menyempurnakan pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di Cyberjaya, petang tadi.
"Terima kasih juga kepada YAB (Yang Amat Berhormat) Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Amirudin Shari) atas kesudian menjadi tuan rumah dan mengalu-alukan sambutan ini diadakan di negeri Selangor Darul Ehsan.
"Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka!," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#Fahmi Fadzil
#politik kebencian
#fitnah
#berita palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan