awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan buat tindakan sendiri, jaga imej negara - SPAD

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
23/06/2016
23:10 MYT
Jangan buat tindakan sendiri, jaga imej negara - SPAD
SYED HAMID: Pelancongan adalah antara sumber pendapatan negara yang terbesar. Jadi bila jadi insiden seperti ini yang mengakibatkan pelancong tersebut cedera, perkara ini akan memberi ketakutan kepada orang lain. - Gambar fail
Tindakan sekumpulan pemandu teksi yang didakwa menyerang pemandu teksi Uber dan pasangan pelancong asing baru-baru ini menjejaskan imej negara, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar.
Syed Hamid berkata kumpulan pemandu teksi berkenaan tidak seharusnya mengikut 'undang-undang' sendiri, yang boleh menakut-nakutkan pelancong.
"Pelancongan adalah antara sumber pendapatan negara yang terbesar. Jadi bila jadi insiden seperti ini yang mengakibatkan pelancong tersebut cedera, perkara ini akan memberi ketakutan kepada orang lain.
"Jangan melakukan sesuatu yang melanggar dengan undang-undang, terutama melibatkan pelancong. Jangan sesekali menjejaskan imej dan nama baik negara kita," katanya pada satu sidang media selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran SPAD di Kuala Lumpur Golf and Country Club, Bukit Kiara, di sini, hari ini.
Beliau juga berkata, sebagai sebuah badan penguatkuasaan, SPAD bertanggungjawab untuk memberikan keadilan dan kesaksamaan di dalam pengoperasian pengangkutan awam dalam negara ini.
"Orang ramai berminat menggunakan perkhidmatan Uber. Jadi kerajaan memberi respon kepada orang ramai dengan membenarkannya.
"SPAD akan membuat peraturan, supaya tidak ada pihak berasa ada peraturan yang berbeza. Namun buat ketika ini, kita tidak boleh menceritakan lagi peraturan yang akan kita perkenalkan," tambah Syed Hamid.
Beliau juga memberi peringatan kepada pengguna Uber untuk tidak membangkitkan kemarahan orang lain.
"Siapa mahu naik Uber, naik sahajalah Uber, itu hak masing-masing. Namun janganlah membuat iklan keterlalun, seolah-olah Uber tidak perlu mengikut undang-undang," katanya.
Topic Berkaitan
#SPAD
#Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
#Syed Hamid Albar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan