awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan calar imej polis - Ketua Polis Perak

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
25/08/2022
03:20 MYT
Jangan calar imej polis - Ketua Polis Perak
Mohd Yusri bercakap kepada media selepas hadir pada perhimpunan khas Ketua Polis Perak di IPK Perak, Ipoh, hari ini. - Foto Astro AWANI
IPOH: Anggota serta pegawai polis diingatkan supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh mencalarkan imej pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ingatan itu diberikan Ketua Polis Perak baharu, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, yang memulakan tugas semalam.
Menurutnya, sebagai agensi penguat kuasa terulung di negara ini, pasukan itu perlu memberi perkhidmatan terbaik agar rakyat yakin dan berasa selamat.
“PDRM merupakan penguat kuasa yang paling ulung, paling utama di negeri dan negara Malaysia, dan kami akan memberikan perkhidmatan terbaik dan menambahkan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan kami.
“Saya juga menasihatkan semua pegawai dan anggota saya agar mempertingkatkan dan menjaga integriti, kewibawaan dan janganlah menyalahgunakan kuasa, penyelewengan dan sebagainya, yang mana perkara ini akan mencalarkan dan menjejaskan imej pasukan PDRM,” katanya.
Beliau ditemui selepas perhimpunan khas Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, hari ini.
Foto Astro AWANI
Foto Astro AWANI
Yusri, 52 tahun, anak kelahiran Langkap, Teluk Intan, memulakan kerjaya sebagai anggota polis mulai 1991.
Antara tugas yang pernah disandang beliau ialah juru iring kepada Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan jawatan terakhir sebelum ke Perak ialah Timbalan Ketua Polis Pahang.
Beliau menggantikan Datuk Mior Faridalathrash Wahid yang bersara wajib Julai lalu.
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Perak
#imej polis
#Mohd Yusri Hassan Basri
#integriti polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan