Masyarakat dinasihatkan supaya tidak mendahului undang-undang dengan menghakimi seorang pendakwah terkenal susulan penyebaran video dan mesej lucah yang tular. Pada masa sama, menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, tindakan menyebarkan aib seseorang juga dilarang dalam agama. “Nasihat saya kepada penyokong atau penentang kepada mana-mana tersangka ini perlu berhati-hati supaya mereka tidak mendahului undang-undang kerana seseorang itu belum bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah.
“Jadi, hormatilah proses undang-undang dan agama mengajar kita supaya tidak semberono menyebarkan aib seseorang itu sementelah lagi belum dipastikan benar oleh pihak mahkamah,” katanya di sini hari ini.BACA: Belum ada individu dipanggil kes video, mesej lucah babit pendakwah Beliau juga meminta supaya warga maya dan netizen menghentikan perdebatan dan penyebaran apa jua bentuk rakaman di media sosial berhubung dakwaan ke atas pendakwah berkenaan. Jelasnya, isu berkenaan sudah menjadi siasatan oleh pihak polis sebelum sebarang tindakan susulan dilakukan oleh pihak berkuasa. Beliau berkata demikian ketika diminta memberikan reaksi berhubung dakwaan yang dihadapi oleh pendakwah berkenaan sehingga menimbulkan perdebatan di media sosial. Menyentuh mengenai usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat yang kini ditahan di Thailand, beliau menjelaskan prosiding undang-undang akan diteruskan sekembalinya Muhammad Sajjad ke tanah air. Prosiding undang-undang ke atas Muhammad Sajjad tertangguh disebabkan dia gagal hadir ke mahkamah atas dakwaan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor.Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib. Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Rakaman serbuan wajib guna kamera jabatan Penggunaan kamera milik jabatan oleh pegawai penguat kuasa agama semasa operasi serbuan khalwat adalah wajib untuk memastikan integriti dan hak individu yang disyaki terjaga. Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Dua beregu negara buru gelaran juara BWF 2024 Dua beregu negara iaitu beregu profesional Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee We akan turun hari ini beraksi di Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China bagi memburu gelaran juara dan membawa pulang wang tunai hampir sejuta ringgit.
Piala AMEC: Isteri terkesan kritikan melampau terhadap penjaga gol negara Isteri Haziq Nadzli, kesal dengan kecaman melampau terhadap suaminya itu selepas kesilapan memberi kemenangan tipis 1-0 kepada Thailand.
Perkembangan Kongres Khas PKR Kongres Khas PKR bagi meminda perlembangaan parti sedang berlangsung pada ketika ini di Shah Alam Selangor. Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Jangan ada sikap kawan makan kawan - Puteri UMNO Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi mengingatkan agar pemimpin termasuk anggota UMNO tidak memiliki sikap ‘kawan makan kawan’ dalam gabungan Kerajaan Perpaduan. Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
[TERKINI] Tengku Zafrul akan umum kedudukan dalam masa terdekat Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz menyatakan beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kedudukan politiknya dalam masa terdekat. Ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan Umno, beliau berkata akan mengeluarkan kenyataan pada sebelah petang.
Pelumba 'drag battle' maut, kereta hilang kawalan di litar perlumbaan Seorang peserta 'drag battle' maut dalam kemalangan ketika acara perlumbaan berlangsung di Litar Sandakan Turf Club Batu 5, di sini pada Sabtu.
Perlembagaan PKR tidak boleh statik selamanya - Saifuddin Beberapa lagi pindaan signifikan Perlembagaan PKR bakal diputuskan dalam Kongres Khas parti itu yang berlangsung pada Ahad.
Pelbagai usaha dilaksana Kerajaan Madani jaga kebajikan rakyat Pelbagai anjakan dan reformasi yang mengutamakan kebajikan rakyat diusahakan dalam pentadbiran Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepanjang tahun ini.
Keluarga ustaz Farid Ravi sambut Aidilfitri Video yang berdurasi 1 minit 14 saat itu memaparkan keluarga Mohd Farid Ravi sedang berkumpul dan bermesra.
Kes Ebit Lew: Saksi kelapan diminta keluarkan data 'pendrive' berunsur lucah Saksi pendakwaan kes pendakwah Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa dia diminta oleh pegawai penyiasat untuk mengeluarkan data berunsur lucah daripada pemacu pena yang diterimanya.
Gangguan seksual: 13 individu dipanggil bantu siasatan kes pendakwah terkenal - Bukit Aman Seramai 13 individu telah dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual, membabitkan seorang pendakwah terkenal.
Polis sahkan pendakwah terkenal buat laporan difitnah Pengadu yang berusia 38 tahun itu membuat laporan polis pada 2.17 pagi tadi, di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya.
Perbicaraan kes Ebit Lew ditangguh Mei depan Permohonan penangguhan dibuat bagi membolehkan peguam bela membuat semakan dokumen berkaitan 90 imej lucah di Mahkamah Tinggi.
Tahfiz diceroboh, pengetua cedera dipukul Seorang pendakwah terkenal yang juga pengetua sebuah maahad tahfiz di Kampung Sri Kinta mengalami kecederaan selepas dipukul.
Kes Ebit Lew: Pegawai polis rampas telefon bimbit tidak periksa kandungan Namun, pegawai polis itu memaklumkan beliau tidak tahu mengetahui ia berkaitan dengan kesalahan gangguan seksual.
Kes pendakwah terkenal: Jangan buat spekulasi - Idris Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menegaskan, tindakan itu boleh memberi mesej buruk terhadap nilai agama.
Polis kesan saksi kes gangguan seksual babitkan pendakwah terkenal Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mengesan saksi bagi membantu siasatan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal Ebit Irawan Lew Ibrahim Lew atau lebih dikenali Ebit Lew.
Siasatan gangguan seksual, polis sahkan panggil semula pendakwah terkenal Datuk Seri Abdul Jalil Hassan dalam satu kenyataan berkata, turut dipanggil ke Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman itu adalah isteri pendakwah tersebut.