Maklumat yang diketegorikan sebagai sulit tidak seharus didedahkan ketika persidangan video, termasuk oleh pengguna dalam kalangan agensi kerajaan bagi mengelak kejadian curi data.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohd Rabin Basir berkata perbincangan melalui persidangan video, yang menjadi platform perhubungan penting terutama ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan, perlu dilakukan dengan berhati-hati.
"Maklumat sulit jika tersebar boleh menyebabkan masalah keselamatan... semua pihak perlu berhati-hati," katanya sebagai merujuk kepada risiko penggunaan sidang video, ketika ditemui media selepas sesi taklimat sempena pelancaran Strategi Keselamatan Siber Negara (MCSS) 2020-2024, di sini hari ini.
Beliau berkata MKN melalui Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) akan sentiasa memaklumkan mengenai ancaman siber baharu kepada agensi kerajaan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif NACSA Mohd Shah Nuri Md Zain berkata pihak yang berhasrat menggunakan persidangan video, perlu memilih aplikasi yang mempunyai tahap keselamatan tinggi.
"Jika gunakan aplikasi sidang video percuma, pastikan kata laluan diletakkan dan jangan biarkan ia kosong kerana orang lain juga boleh menonton sidang video itu," katanya.
Mengenai MCSS 2020-2024, Mohd Shah berkata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan melancarkan pelan strategi itu pada 24 Sept ini, yang mempunyai banyak program kesedaran berkaitan ancaman siber.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 11 2020

Ketua Pengarah Keselamatan Negara (MKN) Mohd Rabin Basir hadir pada Sesi Taklimat Sempena Majlis Pelancaran Strategi Keselamatan Siber Negara 2020-2024 di Menara Cyber Axis hari ini. - BERNAMA

AWANI Ringkas: Lelaki kulit hitam maut, Biden gesa semua tenang | Pelabur tunggu keputusan korporat, inflasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bekas kerani bank mengaku palsu dokumen, tipu pelanggan
Tertuduh mengaku salah membabitkan 55 pertuduhan menipu dan memalsukan dokumen di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Kereta, rumah dihempap pokok tumbang
Seorang wanita serta lima anaknya diselamatkan ketika pokok tumbang menghempap sebuah rumah di Jalan Perkasa Taman Maluri.

MBI tidak batalkan operasi bazar Ramadan - Datuk Bandar
Setakat ini tiada sebarang perubahan dibuat memandangkan kes COVID-19 masih lagi terkawal walaupun daerah Kinta berada dalam zon merah.

Malaysia, New Zealand komited dalam kerjasama pertahanan - Ismail Sabri
Malaysia dan New Zealand mengesahkan komitmen bersama dalam hubungan pertahanan di bawah FPDA dan ADMM serta ADMM-Plus.

Sistem e-wages pastikan pekerja terima gaji tepat pada masanya - MEF
Sistem e-wages yang dijangka dilancarkan kerajaan tidak lama lagi akan memastikan para pekerja termasuk pekerja asing dibayar upah tepat pada masanya.

Negara berdepan kepupusan Harimau Belang Malaya jika tidak dipelihara
Tindakan pembiakan, pemuliharaan dan pembelajaran mengenai Harimau Belang Malaya diperlukan bagi mengelakkan kepupusan populasi berkenaan di negara ini.

Denda tinggi ke atas pemburu haram pastikan harimau Malaya tidak pupus
Enam pelan kodusif bersama agensi berkaitan diharapkan dapat menangani krisis kepupusan Harimau Malaya.

'Flying Sikh' kembali beraksi, janji kembalikan kegemilangan rali
Legenda sukan permotoran negara, Karamjit Singh berjanji untuk mengembalikan semula kegemilangan rali Malaysia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Asing Diri Dalam Gua | Kaji kehidupan dalam kegelapan
Ketika dunia sedang menjalani perintah berkurung, kuarantin dan pengasingan kendiri, sekumpulan saintis dan penjelajah dari Perancis dengan suka rela mengasingkan diri di sebuah gua di Pirenis. Matlamatnya adalah untuk lebih memahami kesan pengasingan diri dan kekurangan cahaya pada waktu siang.

Lebih setengah juta penduduk Malaysia daftar untuk terima vaksin COVID-19
Pada masa ini, aplikasi berkenaan dilihat sebagai medium paling berkesan untuk menyebarkan maklumat mengenai COVID-19 termasuk program vaksinasi.

Ancaman serangan siber: Awas! NACSA keluar notis amaran
NACSA, MKN juga sedang berkerjasama dengan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi mengkoordinasi dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Tahap keselamatan siber berisiko, penggodam 'Anonymous' beri amaran
Kumpulan penggodam terkenal itu menyifatkan keselamatan siber negara berada di tahap rendah selain berisiko berlakunya kebocoran data.

RM1.8 bilion diperuntukkan, rangka Strategi Keselamatan Siber atasi jenayah siber- Saifuddin
Pendekatan yang dilaksanakan kerajaan untuk menangani isu jenayah siber atau Macau Scam ini mengambil pendekatan secara menyeluruh.

Jangan dedah maklumat sulit dalam sidang video - KP MKN
Maklumat yang diketegorikan sebagai sulit tidak seharus didedahkan ketika persidangan video, termasuk oleh pengguna dalam kalangan agensi kerajaan bagi mengelak kejadian curi data.

Laman web parti politik, telefon calon digodam?
Beberapa laman web parti politik di Malaysia digodam dan diserang pihak tidak bertanggungjawab pagi tadi melalui Serangan Penafian Perkhidmatan Tersebar (DDoS).