awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan fikirkan projek sahaja apabila dilantik jadi pemimpin, JKKK - Hajiji

Bernama
Bernama
14/02/2024
11:00 MYT
Jangan fikirkan projek sahaja apabila dilantik jadi pemimpin, JKKK - Hajiji
Hajiji berkata sebaliknya mereka wajib rajin turun padang bagi berjumpa serta memahami sendiri denyut nadi rakyat, dan tidak meminggirkan mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan. - Gambar fail/BERNAMA
TUARAN: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengingatkan pemimpin atau ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri ini supaya jangan hanya memikirkan soal untuk mendapatkan projek sahaja apabila dilantik ke jawatan itu.
Beliau berkata sebaliknya mereka wajib rajin turun padang bagi berjumpa serta memahami sendiri denyut nadi rakyat, dan tidak meminggirkan mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan.
Menurutnya pengerusi dan ahli JKKK juga perlu sentiasa menjalankan perancangan strategik, menunjukkan kesungguhan dan ketekunan serta mengamalkan semangat bekerjasama sebagai satu pasukan dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat sekali gus membangunkan kawasan masing-masing.
"Saya perlukan JKKK yang aktif serta komited dalam membuat perancangan dan melaksanakan program atau projek di kampung, di samping menggerakkan penglibatan komuniti setempat. Pengerusi dan ahli JKKK perlu peka dengan setiap masalah penduduk di kawasan masing-masing.
"Sampaikan maklumat berkaitan bantuan kerajaan kepada rakyat," katanya berucap pada majlis penyampaian watikah pelantikan (2023-2025) kepada JKKK bagi Dewan Undangan Negeri Sulaman dan Pantai Dalit di sini hari ini.
Beliau berkata antara tugas utama JKKK adalah menjalinkan hubungan erat dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, selain membantu kerajaan menyebarluaskan dasar serta pembangunan yang sudah dibawa dan akan dilaksanakan di negeri ini, khususnya inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya.
Menurut Hajiji peranan dan fungsi JKKK sejak ditubuhkan pada 1962 terus relevan hingga ke hari ini, khususnya sebagai mata dan telinga serta penghubung antara kerajaan dengan rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#projek
#JKKK
#pemimpin
#Hajiji Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan