awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan ganggu kawasan ekskavasi Kota Syahbandar - Muhammad Jailani

Bernama
Bernama
15/04/2021
03:55 MYT
Jangan ganggu kawasan ekskavasi Kota Syahbandar - Muhammad Jailani
Muhammad Jailani berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM100,000 sebagai dana kecemasan untuk menjalankan kerja-kerja ekskavasi dengan segera. - Gambar fail
MELAKA: Kerajaan negeri memberi amaran kepada pencari harta karun agar tidak sesekali mengganggu tapak penemuan serpihan kayu yang dipercayai daripada struktur kapal dagang atau perang Zaman Kesultanan Melayu Melaka, di kawasan tambakan di Kota Syahbandar, Pulau Melaka di sini baru-baru ini.
Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata ini kerana kawasan tersebut terletak di bawah Akta Warisan Kebangsaan dan bidang kuasa kerajaan negeri, mana-mana penceroboh boleh dikenakan tindakan undang-undang.
"Jadi kami minta mereka ini jangan masuk dalam kawasan tersebut, lagipun berbahaya korek lubang di situ dan kalau terjadi apa-apa, siapa hendak bertangggungjawab," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bufet Ramadan sempena kempen Melakan Visit Melaka di sini malam tadi.
Mengulas mengenai perkembangan penemuan serpihan kayu yang dianggar lebih 500 tahun itu, Muhammad Jailani berkata kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM100,000 sebagai dana kecemasan untuk menjalankan kerja-kerja ekskavasi dengan segera.
Selain papan yang dipercayai berusia lebih 500 tahun itu, beberapa keping duit syiling lama, tembikar serta alatan besi lama turut ditemukan berhampiran serpihan kayu itu dan kerja-kerja ekskavasi di kawasan berkenaan bermula sejak akhir Mac lepas oleh Jabatan Warisan Negara bersama penyelidik yang diketuai Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).
Dalam pada itu, beliau memohon agar pengurusan hotel yang menganjurkan bufet Ramadan, agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) supaya isu pelanggaran SOP oleh pengunjung di beberapa bazar Ramadan tidak berlaku di hotel.
"Setakat dua hotel yang saya kunjungi sepanjang dua hari ini, saya tengok pematuhan SOP itu ada... jalan masuk dan jalan keluar tak sama, pemeriksaan suhu dan pengimbas MySejahtera pun ada.
"Saya sangat berpuas hati, cuma ada beberapa perkara yang perlu diperkemaskan seperti ketika mengambil lauk jika penganjurannya secara bufet," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kota Syahbandar
#Muhammad Jailani Khamis
#amaran
#harta karun
#tapak penemuan
#serpihan kayu
#kapal dagang
#kapal perang
#Kesultanan Melayu Melaka
#Pulau Melaka
#ekskavasi
#duit syiling
#tembikar
#papan
#alatan besi
#hotel
#bufet
#ceroboh
#dana kecemasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan