awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan ganggu siasatan SPRM - Shafie

Bernama
Bernama
08/10/2016
23:29 MYT
Jangan ganggu siasatan SPRM - Shafie
SHAFIE: Pihak-pihak berkenaan tidak wajar membuat sebarang kenyataan umum. Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Tidak ada pihak harus mencampuri atau dilihat mencampuri siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pemberian projek infrastruktur asas bernilai RM3.3 bilion di Sabah.
Dalam satu kenyataan, bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pihak-pihak berkenaan tidak wajar membuat sebarang kenyataan umum atau pengakuan tidak bersalah agar tidak berlaku tolak ansur terhadap integriti siasatan SPRM.
Mengenai kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan tentang pemberian projek infrastruktur asas, Shafie berkata:
"Adalah agak pelik dan jenaka melihat pihak berkuasa negeri tergesa-gesa mengaku tidak bersalah secara umum dan mengalihkan kesalahan kepada Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah, sedang siasatan SPRM masih berjalan.
"Ini menyebabkan saya memberi respons terhadap kenyataan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berhubung pemberian projek bernilai RM3.3 bilion yang berkaitan penangkapan dua pegawai kanan kerajaan negeri baru-baru ini.
"Dinyatakan bahawa projek itu diberikan pada 2010 semasa penggal saya sebagai Menteri yang tertanggungjawab terhadap Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
"Ia juga menunjukkan bahawa projek itu tidak dikendali oleh kementerian saya," kata Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna.
Topic Berkaitan
#Jabatan Air Sabah
#kes rasuah
#Shafie Apdal
#siasatan sprm
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan