Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengingatkan masyarakat di pantai timur Sabah supaya tidak memakai pakaian bercorak ala tentera bagi mengelak kekeliruan sehingga menimbulkan kegusaran kepada masyarakat setempat.
Beliau berkata tindakan memakai pakaian celorong-celoreng perlu dielakkan kerana ia akan mendatangkan pelbagai tanggapan tidak baik masyarakat berhubung keadaan keselamatan di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
"Masyarakat perlu menyedari bahawa terdapat undang-undang yang melarang penggunaan pakaian bercorak ala tentera dalam sebarang bentuk malah anggota tentera pun mempunyai etika tertentu ketika mengenakan pakaian tersebut.
"Kita mahu masyarakat sedar mengenai perkara ini...kita mahu mengelak kejadian pencerobohan pengganas Sulu yang mana pengganas itu juga menggunakan pakaian corak tentera ketika menceroboh Tanduo, Lahad Datu," katanya kepada pemberita pada Majlis Perjumpaan Bersama Media Tawau, di sini Jumaat malam.
Mengulas mengenai majlis berkenaan, Wan Abdul Bari berkata, pengamal media berperanan besar membantu ESSCom menyedarkan masyarakat berkaitan peranan yang perlu dimainkan ke arah memastikan keadaan keselamatan di ESSZone terus terkawal.
"Oleh itu, pengamal media perlu sentiasa memastikan maklumat yang disampaikan tepat dan menurut sumber yang sahih serta tidak menulis laporan yang berunsur sentimen (sehingga boleh) mengganggu gugat negara atau isu-isu yang bersifat spekulasi semata-mata.
"Media menjadi perantara paling cepat membantu ESSCom menyampaikan maklumat secara terus kepada masyarakat bagi menjadi 'mata dan telinga' memberi maklumat serta bersama-sama pasukan keselamatan menjaga keamanan dan keharmonian," katanya.
Bernama
Sat Feb 20 2016
Beliau berkata tindakan memakai pakaian celorong-celoreng perlu dielakkan kerana ia akan mendatangkan pelbagai tanggapan tidak baik masyarakat
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
ESSCom beri jaminan kurangkan jenayah rentas sempadan
ESSCom memberi jaminan untuk mengurangkan kes jenayah rentas sempadan yang sering berlaku di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).
Kehadiran 'sosok' anggota ESSCom beri keyakinan keselamatan penduduk di ESS Zone
Februari ini, genap 11 tahun peristiwa pencerobohan pengganas bersenjata Sulu memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu.
Kerajaan lulus RM20 juta tambah aset ESSCom di sempadan negara
Ketua Pegawai ESSCOM Dr Jamaluddin Mohd Ali berkata aset berkenaan antaranya termasuk bot-bot laju sedang dalam proses peralihan.
Agong lawat ESSCom, Permaisuri memasak untuk rakyat di Lahad Datu
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melawat ESSCom.
Kerajaan terus tingkat kebajikan petugas ESSCom - Saifuddin
Kerajaan Perpaduan akan terus meningkatkan aspek kebajikan pegawai dan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) melalui persekitaran kerja yang kondusif.
ESSCom rancang guna aplikasi keselamatan untuk pelancong - Komander
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) merancang untuk menggunakan satu aplikasi bagi memastikan keselamatan pelancong yang berada di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
Semporna mulai terima pelancong China selepas COVID-19
Pengarah Borneo Divers Datuk Abdul Hajan Gurimbang berkata kemasukan pelancong antarabangsa ke Semporna meningkat dengan jangkaan kemasukan 2,000 pelancong China pada setiap hari selepas ini.
Keselamatan: 12 kawasan penempatan PATI di Sandakan digempur ESSCom
ESSCom menjalankan Operasi Bersepadu selama tujuh hari bermula Rabu minggu lalu hingga semalam (Selasa) sebelum menggempur 12 lokasi disyaki penempatan warga asing di Sandakan.
ESSCom laksana Operasi Gasak Laut roboh pondok kecil di Kudat
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan melaksanakan Operasi Gasak Laut yang menumpukan perobohan pondohan (pondok kecil) di perairan Si Bogo, Pulau Bangkawan.
Selain jaga keselamatan, ESSCom tingkat kemahiran penduduk di ESSZone
Program kemahiran dan latihan beri peluang kepada penduduk untuk menambah baik kemahiran kendiri, sekali gus menaikkan taraf ekonomi.