KOTA KINABALU: Presiden Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan, Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan Persekutuan tidak seharusnya menjadi halangan dalam usaha membantu rakyat.
Menurut beliau, kepentingan rakyat secara umum harus menjadi keutamaan dan bukannya hanya rakyat di kawasan-kawasan yang wakil mereka menandatangani MoU itu sahaja.
"Tidak harus ada halangan untuk membantu rakyat oleh kerana kita (Warisan) tidak tandatangan, bantulah rakyat di negara ini yang dahagakan bantuan yang bukan hanya bakul makanan malah keselamatan dan peluang pekerjaan yang ada.
"Jadi jangan itu menjadi satu ikatan pra-syarat untuk bantu rakyat di negara ini," katanya yang ditemui di Ibu Pejabat Warisan Sabah di Kolombong di sini, pada Sabtu.
Shafie berkata demikian sebagai mengulas saranan veteran DAP, Lim Kit Siang sebelum ini yang berharap parti pembangkang lain seperti Warisan, Pejuang dan Muda turut serta dalam perjanjian MoU yang ditandatangani PH dengan kerajaan.
Kata Shafie, Warisan tidak mempunyai sebarang halangan untuk berkerjasama dengan kerajaan dalam usaha membantu rakyat, namun, bentuk sokongan tidak perlu melalui memorandum.
Ini kerana, jelas Shafie, fungsi semak dan imbang yang boleh dimainkan oleh pembangkang akan lemah jika ia dilakukan melalui cara MoU itu.
"Kita tidak mahu terikat dari segi ada perjanjian seumpama itu, kita perlu ada semak dan imbang kerana itu adalah tujuan utama kewujudan pembangkang dan kerajaan memerintah.
"Dalam keadaan COVID-19 di negara kita, malahan dunia tapi saya tidak nampak di United Kingdom, saya tidak nampak di Amerika Syarikat, saya tidak nampak di mana-mana negara yang matang ada memorandum persefahaman dengan pembangkang 'ceasefire'.
"Kenapa jadi masalah dan tekanan kepada pihak Warisan dan Ahli-ahli Parlimen yang lain untuk harus tandatangan dan galakkan tandatangan?” soal beliau lagi.
Tambah Shafie, memorandum yang ditandatangani itu memerlukan tindakan serta hasil yang dapat dilihat rakyat dan tidak hanya akan dilihat sebagai kepentingan politik semata-mata.
"Kalau kerajaan dan pemerintahan dan pemimpin yang ada hari ini ingin menekankan tentang kawasan di Semporna atau kawasan di negeri Sabah yang perlukan bantuan vaksin, adakah kita perlu tandatangan memorandum?
"Yang penting rakyat, tidak bererti tandatangan memorandum baru rakyat dapat dibantu, itu bukan kepentingan rakyat, itu (tandatangan MoU) kepentingan politik," tegasnya lagi.
BACA: Lakar sejarah, enam perkara dimeterai dalam MoU kerajaan dan pembangkang
BACA: MoU kerajaan, pembangkang jadi dokumen awam, bukti ketelusan kepada rakyat
Pada 13 September lalu, kerajaan dan PH melakar sejarah dengan memeterai MoU Transformasi dan Kestabilan Politik.
MoU tersebut merangkumi enam perkara termasuk Pemerkasaan Pelan COVID-19, Transformasi Pentadbiran serta Pembaharuan Parlimen.
Selain itu, tiga lagi adalah Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.
MoU tersebut disempurnakan Perdana Menteri bersama-sama pimpinan kanan PH iaitu Presiden PKR merangkap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Turut sama menandatangani MoU tersebut ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu serta Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Sat Sep 18 2021
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan, MoU yang ditandatangani antara Pakatan Harapan dan kerajaan Persekutuan tidak seharusnya menjadi halangan dalam usaha membantu rakyat. - Gambar fail BERNAMA
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Cybersecurity Malaysia meterai MoU dengan CTM360 perangi ancaman siber
CyberSecurity Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan CTM360 W.L.L untuk memerangi ancaman siber di Malaysia.
MoU antara Sime Darby Oils, Guangxi Beibu Gulf tingkatkan pembelian minyak sawit oleh China - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata MoU tersebut pastinya akan menjamin kepentingan peneroka dan pengeluar pekebun kecil.
Kraftangan Malaysia promosi pemakaian batik bagi jemaah umrah
MOTAC menyasarkan pemakaian batik dalam kalangan jemaah umrah Malaysia bakal bermula seawal November atau Disember apabila tiba cuti persekolahan.
Al-Salam REIT, MRT Corp meterai MoU bina jejantas bernilai sehingga RM15 juta
Jejantas berhawa dingin sepanjang 42 meter menghubungkan Komtar JBCC dengan jambatan terancang stesen Sistem Transit Rapid (RTS) Link Bukit Chagar itu akan dibuka pada 2027.
Malaysia, Indonesia rancang perbaharui MoU bidang komunikasi, jalin kerjasama perfileman
Tan Sri Annuar Musa berkata MoU itu, yang kali terakhir ditandatangani pada 1984, seharusnya dapat diperbaharui selaras dengan perkembangan semasa bidang komunikasi dan industri kreatif.
Malaysia dan Turkiye meterai tujuh MoU untuk terus perkukuh hubungan dua hala
Kesemua MOU ditandatangani sempena lawatan rasmi Ismail Sabri yang tiba di republik itu pada Selasa.
PRU15 wajar dilaksana selepas MoU Kerajaan-PH tamat Julai ini - Bung Moktar
Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) wajar dilaksana selepas Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan (PH) tamat 31 Julai ini.
MoU diteruskan atau tidak tertakluk kepada PM, bukan MKT UMNO - Khalid Samad
Khalid berkata, MoU tersebut adalah persetujuan dan ikatan yang dibuat di antara PH dengan kerajaan Persekutuan bukannya dengan UMNO.
Bersatu akan dapatkan penjelasan PM berhubung MoU - Muhyiddin
Muhyiddin berkata beliau akan mendapatkan penjelasan daripada Perdana Menteri berhubung kedudukan MoU Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dengan PH.
Kos pengambilan pekerja domestik Indonesia diumumkan selepas MoU - Awang
Kos baharu pengambilan pekerja domestik Indonesia hanya akan diumumkan kerajaan selepas kedua-dua negara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada April ini.