awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan

Jangan label Siti Munirah 'penyondol', saya yang 'approach' - ND Lala

Gempak
Gempak
09/09/2023
05:02 MYT
Jangan label Siti Munirah 'penyondol', saya yang 'approach' - ND Lala
Nasihat ND Lala agar netizen berhenti membuat spekulasi tidak tepat dan menyebarkan hal yang salah menjadi satu fitnah. - Foto Gempak
PENYANYI veteran Datuk ND Lala memohon orang ramai agar tidak melabelkan isterinya, Siti Munirah Abd Ghani sebagai 'penyondol'.
Tegas ND Lala, dakwaan itu tidak benar sama sekali dan Siti Munirah pada mulanya menolaknya sebelum dia bertemu dengan bapa isterinya untuk meminta izin berkahwin.
"Janganlah gelar atau labelkan Siti Munirah sebagai penyondol. Itu tidak benar sama sekali kerana dia memang tak pernah mengurat saya.
"Saya yang approach. Memang pada awalnya dia pun tak nak saya. Akhirnya saya pergi minta restu daripada ayah Siti Munirah. Apabila ayahnya setuju, maka kami pun bernikah.
"Jika benar dia sondol, sekarang ni ada akta yang boleh bawa ke mahkamah. Sabit kesalahan ada denda boleh dikenakan. Tapi percayalah, Siti Munirah tak sondol, saya melamar dia secara sah," ujarnya.
Nasihat ND Lala agar netizen berhenti membuat spekulasi tidak tepat dan menyebarkan hal yang salah menjadi satu fitnah.
"Melabelkan orang ini satu dosa, dosa ini terus berkembang apabila orang upload di media sosial, disebarkan. Dia akan jadi jariah dosa yang akan menyebabkan ramai orang terpalit.
"Saya tak sedih orang kecam saya, orang cemuh saya, saya tak marah pun orang benci saya sebab netizen tak boleh dipersalahkan, dia mendapat gambaran yang salah, palsu," tegasnya.
Untuk rekod, pada 9 Ogos lalu bekas isteri ND Lala, Fauziah Sarman memaklumkan telah diceraikan oleh penyanyi terbabit di Masjid Ar Rahman, Bangsar pada 2 Ogos lalu secara voice note di aplikasi WhatsApp pada 8 Ogos 2023.
ND Lala dan Fauziah mendirikan rumah tangga pada 1989 dan dikurniakan empat cahaya mata, Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28 dan Nur Syuhada, 25.
*Artikel disiarkan di Gempak
Topic Berkaitan
#ND Lala
#Siti Munirah
#penyondol
#Shila Amzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.