KOTA BHARU: Kelantan merekodkan sebanyak 280 kes kebakaran membabitkan belukar dan lalang sejak Januari hingga Mac tahun ini berbanding 135 kes sepanjang tahun lepas, menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Zainal Madasin.
Beliau berkata faktor cuaca yang panas dan kering ketika ini menyebabkan kebakaran cepat merebak, justeru orang ramai di negeri ini dinasihatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka terutama di kawasan mudah terbakar.
Menurut Zainal, pembakaran terbuka boleh menjadi penyumbang utama kepada kemerosotan kualiti udara selain memudaratkan kesihatan awam.
"Pembakaran terbuka boleh menyebabkan berlakunya fenomena jerebu. Justeru, kita mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran pada musim kering untuk mengelak sebarang kemungkinan kebakaran yang tidak terkawal," katanya yang dihubungi Bernama hari ini.
Mengulas lanjut, Zainal berkata pembakaran hutan dan sampah juga meningkat sejak Januari hingga Mac tahun ini dengan 14 kes direkodkan bagi pembakaran hutan manakala 46 kes pembakaran sampah.
Beliau berkata sebanyak 15 kes pembakaran hutan manakala 62 kes pembakaran sampah direkodkan di Kelantan sepanjang tahun lepas.
"Bomba tidak akan sesekali berkompromi dengan individu yang didapati melakukan pembakaran terbuka selain mempertingkatkan rondaan di kawasan yang berisiko tinggi sekiranya keadaan memerlukan.
"Sekiranya ada individu yang masih berdegil melakukan pembakaran terbuka, kami tidak akan teragak-agak melaporkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk diambil tindakan," katanya.
Semalam, JAS dilaporkan memaklumkan dua kawasan mencatatkan bacaan status kualiti udara pada tahap tidak sihat iaitu di Segamat, Johor dan Tanah Merah, Kelantan.
Pada masa yang sama, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) turut melaporkan daerah Jeli merekodkan cuaca panas pada gelombang haba tahap dua yang suhu hariannya dijangka boleh mencecah sehingga 40 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut, bermula semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 15 2023
Pembakaran terbuka boleh menjadi penyumbang utama kepada kemerosotan kualiti udara selain memudaratkan kesihatan awam. - Gamnbar hiasan
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Tujuh pemilik tanah di Kelantan dikompaun kerana pembakaran terbuka
Kesemua mereka dikompaun RM2,000 setiap seorang menjadikan jumlah keseluruhan kompaun sebanyak RM14,000.
Pembakaran terbuka di Sarawak membimbangkan - Bomba
Trend pembakaran terbuka di Sarawak sejak Isnin lepas sangat membimbangkan apabila jumlah kes mencatatkan peningkatan mendadak semalam.
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Bomba Johor terima 1,047 panggilan kes kebakaran terbuka sejak 30 Januari
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor menerima 1,047 panggilan kes pembakaran terbuka akibat cuaca panas sejak 30 Jan hingga semalam.
Jangan lakukan pembakaran terbuka - Jabatan Perhutanan Sabah
Ia bagi mengelak berlaku bencana alam yang lebih buruk.
Jerebu akibat kebakaran terbuka dan kemarau, ibu bapa risau kesihatan anak
Keadaan jerebu akibat pembakaran terbuka dan kemarau yang melanda daerah Papar membuatkan ibu bapa bimbangkan kesihatan anak-anak.
Bomba kenal pasti lima negeri berisiko berlaku kebakaran hutan
JBPM mengenal pasti 201,000 hektar tanah gambut yang dimajukan di lima negeri sebagai berisiko berlaku kebakaran hutan.
Pembakaran terbuka walaupun berniat baik berisiko wujud 'lompang perlindungan' - Bomba
Tindakan melakukan pembakaran terbuka, walaupun membakar secara niat baik berisiko mewujudkan 'lompang perlindungan' terhadap JBPM.
Cuaca panas, kering, El Nino, elak pembakaran terbuka - Nik Nazmi
Menurut Nik Nazmi, terdapat dua kes kebakaran berskala besar melibatkan kawasan hutan simpan, iaitu di Sabah dan Perlis, baru-baru ini.
JBPM rekod lebih 2,000 kes kebakaran terbuka sejak Januari
JBPM menjalankan pemantauan kes pembakaran terbuka melalui pelbagai kaedah susulan cuaca panas dan kering yang melanda negara.