NATIONAL
'Jangan lepaskan ikan asing di parit, sungai' - Jabatan Perikanan

Jabatan Perikanan menerima aduan mengenai beberapa individu daripada sebuah NGO melepaskan ikan di sungai berdekatan Jalan Lee Sam di Seremban pada 2 Mei. - Gambar/ Jabatan Perikanan Negeri Sembilan
SEREMBAN: Jabatan Perikanan Negeri Sembilan mengingatkan kepada masyarakat untuk tidak melepaskan ikan di perairan umum tanpa merujuk kepada jabatan itu.
Ringkasan AI
- Jabatan Perikanan Negeri Sembilan mengingatkan masyarakat untuk tidak melepaskan ikan di perairan umum tanpa merujuk kepada jabatan tersebut. Ini susulan aduan mengenai individu dari sebuah NGO yang melepaskan ikan Keli Afrika di laluan sungai berdekatan Jalan Lee Sam pada 2 Mei, yang boleh mengancam ikan tempatan dan ekosistem.
- Pasukan Jabatan Perikanan mendapati terdapat lebih kurang 50 ikan Keli Afrika di lokasi tersebut, yang airnya mengalir ke Sungai Linggi. Ikan Keli Afrika dianggap sebagai ikan asing yang tidak sesuai dilepaskan di perairan umum kerana boleh mengancam hidupan ikan lain. Hanya ikan puyu dan ikan haruan yang sesuai hidup di kawasan tersebut berdasarkan kualiti air.
- Orang ramai yang ingin melepaskan ikan di perairan umum perlu merujuk laman web Jabatan Perikanan untuk mengetahui jenis ikan yang dibenarkan dan dilarang. Majlis Bandaraya Seremban diarahkan untuk menutup kawasan tersebut sementara waktu. Masyarakat tidak boleh melepaskan ikan asing atau membina struktur untuk melepaskan ikan di perairan awam tanpa kebenaran.
"Sebaik sahaja aduan diterima, pasukan saya pergi ke lokasi bersama wakil NGO mendapati terdapat lebih kurang 50 ikan asing di situ, yang airnya mengalir ke Sungai Linggi.
"Kita telah maklumkan kepada semua bahawa ikan Keli Afrika adalah ikan asing, yang tidak sepatutnya dilepaskan di perairan umum kerana ia boleh mengancam hidupan ikan lain," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata berdasarkan kualiti air di kawasan tersebut hanya dua ikan sahaja yang didapati sesuai hidup di situ iaitu ikan puyu atau ikan haruan.
Kassim berkata orang ramai yang ingin melepaskan ikan di mana-mana perairan umum, perlu merujuk di laman web Jabatan Perikanan untuk mengetahui lanjut jenis ikan yang dibenarkan dan dilarang untuk dilepaskan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan J. Arul Kumar berkata Majlis Bandaraya Seremban ( MBS ) diarahkan untuk menutup segera kawasan tersebut sementara waktu.
"Masyarakat tidak boleh sewenang-wenangnya melepaskan ikan asing dan bina struktur untuk lepaskan ikan di perairan awam tanpa kebenaran. Meskipun idea itu baik, namun ini adalah kawasan awam dan perlu ikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan," katanya.
Terdahulu, tular sebuah video yang memaparkan sekumpulan NGO melepaskan ikan asing ke dalam sungai menerusi struktur saluran yang dibina khas ke saliran sungai di Jalan Lee Sam.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami