Pemimpin dan anggota Umno yang berhasrat bertanding dalam pemilihan parti di peringkat bahagian, negeri dan pusat tidak wajar bersikap keterlaluan sehingga 'menyesakkan nafas' anggota parti untuk memilih pemimpin terbaik.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika memberikan peringatan itu berkata anggota Umno perlu melakukan lonjakan baharu untuk memilih pemimpin yang benar-benar luhur.
"Jika kita gagal memilih pemimpin yang luhur...boleh menyebabkan kelemahan dan akan membawa kepada kehancuran parti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini Rabu.
Beliau berkata adalah malang jika anggota Umno berada dalam suasana 'berantakan' dan tidak belajar daripada apa yang berlaku pada pilihan raya umum ke-13 pada Mei lepas.
"Semua pihak yang ingin bertanding perlu menganggap pemilihan dalam Umno adalah satu proses demokrasi yang perlu dilaksanakan oleh parti dalam suasana kekeluargaan. Siapa menang kita terima dan kalah pun sama. Ini perkara biasa dalam sistem kekeluargaan sesebuah parti," katanya.
Mengenai mesyuarat Wanita Umno cawangan Pekan Batu Gajah yang dicemari kekecohan, Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata pihaknya akan mendapat penjelasan daripada bahagian itu.
"Perak mempunyai 1,720 cawangan semuanya, jadi biasanya yang satu, dua ini akan menjadi bahan berita. Bagi saya tidak ada kes terpencil, kita akan siasat dan meneliti insiden itu. Bagaimanapun mesyuarat di keseluruhan cawangan boleh dikatakan berlangsung dengan baik," katanya.
Beliau mengulas laporan akhbar mengenai mesyuarat itu yang bertukar kecoh apabila pertengkaran berlaku selepas seorang anggota cawangan meminta mesyuarat itu diadakan semula kerana tidak mengikut masa yang ditetapkan selain mendakwa dijalankan tanpa kehadiran anggota yang cukup.
Bagaimanapun Setiausaha Umno Bahagian Batu Gajah Zainal Osman berkata anggota itu menceroboh mesyuarat berkenaan dan dakwaan kehadiran anggota tidak mencukupi adalah tidak berasas, tambahan pula individu itu bukan anggota Pergerakan Wanita Umno.
Bernama
Thu Sep 12 2013
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Tiga rakyat Malaysia terkandas di Sudan dijangka tiba di tanah air Ahad
Mereka telah tiba di King Faisal Naval Base, Jeddah dengan kapal tentera laut kerajaan Arab Saudi, 'Amanah'.
Jangan 'menyesakkan nafas' anggota Umno untuk pilih pemimpin terbaik - Zambry
Pemimpin Umno yang berhasrat bertanding dalam pemilihan parti tidak wajar bersikap keterlaluan - Zambry.
Kerajaan Perak beri bonus RM500 kepada penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Perak hari ini mengumumkan pemberian bonus khas RM500 kepada 14,000 penjawat awam negeri sempena Aidilfitri tahun ini.
Khairy: Zambry pilihan terbaik Menteri Besar Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir adalah pilihan terbaik untuk terus menerajui negeri itu selepas Pilihan Raya Umum ke-13.
BN Perak wujudkan kelompok pemantau pilihan raya
BN Perak akan mewujudkan kelompok pemantau di setiap bahagian bagi memastikan pilihan raya itu berjalan lancar.
Debat terbuka pembangkang raih publisiti murahan
Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan tindakan pembangkang menjemput Barisan Nasional ke debat terbuka adalah publisiti murahan.