awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Jangan minum, makan daripada sungai tercemar bauksit' - Subramaniam

Tan Su Lin
Tan Su Lin
07/01/2016
04:46 MYT
'Jangan minum, makan daripada sungai tercemar bauksit' - Subramaniam
Kementerian Kesihatan menasihatkan penduduk di sekitar Kuantan supaya tidak minum air sungai atau makan ikan dari sungai yang tercemar akibat pelombongan bauksit. -Foto fail/Bernama
Kementerian Kesihatan menasihatkan penduduk di sekitar Kuantan supaya tidak minum air sungai atau makan ikan dari sungai yang tercemar akibat pelombongan bauksit.
Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata ia bagi mengelakkan sebarang kesan kesihatan jangka panjang kepada penduduk terbabit.
Justeru, beliau menegaskan, kegiatan perlombongan bauksit di Kuantan wajar dihentikan selepas air sungai dicemari bahan mineral itu.
"Langkah menghentikan sementara yang diumumkan semalam adalah penting untuk memastikan penduduk tidak terdedah kepada risiko kesihatan.
"Namun, apa yang penting adalah sungai sepatutnya tidak dicemari. Sama ada pelombong dapat mengelakkan hasil galian daripada memasuki sungai, itu adalah satu perkara yang amat mencabar.
"Jadi sekiranya sungai telah tercemar, kementerian berkenaan sepatutnya menghalang perlombongan daripada diteruskan," katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat tahun baru menteri kesihatan untuk tahun 2016 di Putrajaya.
Sementara itu, Dr S. Subramaniam memberi jaminan bahawa bekalan air terawat di Kuantan setakat ini adalah selamat.
"Kami telah menganalisis tahap kandungan bauksit dan aluminium dalam air terawat dan mendapati ia adalah selamat. Kami akan terus memantau keadaan air untuk memastikan ia selamat diminum."
"Nasihat kami adalah jangan minum air daripada sungai sama ada sudah masak atau belum kerana ini bukan kuman tetapi mineral, jadi sekiranya dipanaskan sekalipun ia tidak akan hilang. Jadi, sebaiknya jangan minum air dari sungai langsung," katanya.
Beliau turut menasihat penduduk setempat agar tidak memakan ikan sungai atau makanan laut buat sementara waktu.
Topic Berkaitan
#bauksit
#cemar
#kesihatan
#Kuantan
#lombong
#perlombongan
#subramaniam
#Sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan