awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran musnahkan ratusan tempat perlindungan di kem pelarian Rohingya di Bangladesh
Lebuh raya utama Mozambique terputus akibat banjir, angka korban cecah 106 orang
Parlimen Australia lulus undang-undang kawalan senjata, jenayah kebencian yang lebih ketat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan mudah selesa penurunan kematian denggi, setiap angka ada cerita - Dr Dzulkefly

Asyraf Malik
Asyraf Malik
12/07/2025
08:15 MYT
Jangan mudah selesa penurunan kematian denggi, setiap angka ada cerita - Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly dan isteri Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kanan) menyertai Program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 1.0 Peringkat Kebangsaan hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan penurunan kes denggi sebanyak 56.6 peratus dari 1 Januari hingga 5 Julai 2025, iaitu 32,299 berbanding 78,068 pada tahun 2024.

Ringkasan AI
  • Kes denggi menurun ketara berbanding tahun lalu: Malaysia mencatat penurunan 56.6% kes denggi dan 67.7% kematian antara Januari hingga 5 Julai 2025 hasil usaha pembasmian Aedes.
  • Komitmen ke arah sifar kematian denggi: Menteri Kesihatan tekankan keperluan kekal berwaspada walaupun pencapaian cemerlang, dengan matlamat jangka panjang untuk sifar kematian.
  • Seruan kepada masyarakat untuk bertindak bersama: Orang ramai digesa luang masa 10 minit seminggu hapus tempat pembiakan nyamuk dan segera mendapatkan rawatan jika bergejala.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kejayaan ini adalah hasil usaha keras semua pihak untuk membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes.
“Dalam tempoh ini, sejumlah 21 kematian dilaporkan berbanding 65 kematian pada tahun lalu, penurunan sebanyak 67.7 peratus, sungguh cemerlang.
“Namun jangan kita sesekali berasa selesa, misi kita adalah untuk mencapai sifar kematian akibat denggi, hatta wabak COVID-19 berjaya diturunkan menjadi satu kes kematian setakat ini untuk tahun 2025.
“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah ingatkan, perubahan iklim boleh membawa gelombang denggi secara meluas, kita harus berwaspada,” ujar Dzulkefly dalam ucapan perasmian Program Gotong-royong Mega Perangi Aedes 1.0 Peringkat Kebangsaan, di sini pada Sabtu.
Tambah beliau, setiap kematian akibat denggi merupakan satu tragedi yang meruntun jiwa dan perlu dipandang serius.
“21 kematian mungkin tak banyak, tetapi di sebalik setiap angka itu mungkin seorang ayah yang menjadi tunjang keluarga atau insan tersayang yang dirindui.
“Ada penceritaan dan kisahnya untuk setiap nyawa diragut denggi ini, janganlah kita mengambil enteng,” tegasnya.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam serta luar rumah.
Selain mendapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya mengalami gejala demam atau tanda-tanda jangkitan denggi.
Topic Berkaitan
#kes denggi negara
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#penurunan kematian denggi
#Kementerian Kesihatan
#Dzulkefly Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan