awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan pandang rendah teknologi dan bakat yang ada di Malaysia, kata Anwar

Bernama
Bernama
17/01/2025
23:30 MYT
Jangan pandang rendah teknologi dan bakat yang ada di Malaysia, kata Anwar
Anwar berucap pada majlis makan malam dan ramah mesra Perdana Menteri bersama Diaspora Malaysia di United Kingdom, pada Jumaat. - Gambar Bernama
LONDON: Rakyat Malaysia yang berada di luar negara tidak seharusnya memandang rendah terhadap kemajuan teknologi, kepakaran dan bakat yang ada di tanah air, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, pelabur global secara berterusan mengiktiraf penguasaan teknologi yang ada di negara kita, kerana ramai dalam kalangan mereka terus membuat pelaburan selepas bertahun-tahun menjalankan perniagaan mereka di Malaysia.
Mengambil contoh Infineon Technologies AG yang merupakan pengeluar semikonduktor terbesar Jerman, Anwar berkata, mereka baru-baru ini melabur enam bilion euro kerana mereka menganggap Malaysia mempunyai tahap kepakaran, teknologi dan bakat selain di negara mereka.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan semasa Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra bersama lebih 700 diaspora Malaysia, di sini.
Beliau berkata, di Malaysia terdapat kira-kira 140,000 pelajar luar negara di universiti tempatan kerana standard universiti di negara kita yang tinggi.
Perdana Menteri berkata, malah, syarikat Malaysia seperti YTL, Eco World, Sime Darby dan TNB menunjukkan prestasi yang baik di United Kingdom dan berjaya memenangi projek melalui tender terbuka terutamanya disebabkan oleh teknologi dan tenaga kerja yang mereka miliki.
Anwar berkata, pelajar yang belajar di UK atau negara lain boleh terus kekal dan bekerja di negara tempat mereka belajar, untuk menimba pengalaman dan memperoleh teknologi baharu.
"Malah JPA sedang memikirkan untuk membenarkan pelajar tajaan mereka untuk tinggal dan terus belajar jika mereka tidak diperlukan untuk segera pulang," kata beliau. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM Anwar Ibrahim
#rakyat Malaysia
#kepakaran tempatan
#pelabur global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan