awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan rahsiakan kes COVID-19 di sekolah - PIBGN

Astro Awani
Astro Awani
11/10/2020
03:21 MYT
Jangan rahsiakan kes COVID-19 di sekolah - PIBGN
Pihak sekolah dinasihatkan tidak merahsiakan maklumat sekiranya ada pelajar atau warga sekolah disahkan positif COVID-19. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Pihak sekolah dinasihatkan tidak merahsiakan maklumat sekiranya ada pelajar atau warga sekolah disahkan positif COVID-19.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Datuk Mohamad Ali Hasan berkata tindakan itu akan membahayakan semua orang baik di dalam mahupun di luar sekolah.
Menurutnya, sekiranya ada jangkitan di sekolah, pihak sekolah juga harus segera menyampaikan maklumat itu kepada ibu bapa.
“Saya cadangkan pihak sekolah, khususnya pengetua dan guru besar, dengan kerjasama PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) dapat mempercepatkan birokrasi dan memaklumkan segera tentang kewujudan adanya wabak, ada pelajar, warga pendidik yang dijangkiti COVID-19.
“Jadi ada kesahihan yang jelas. Saya rasa kebimbangan ibu bapa ada rasionalnya sebab saya difahamkan bila adanya jangkitan pelajar atau pihak pendidik di sekolah, kehadiran pelajar merosot,” katanya kepada Astro AWANI.
Tambahnya, ibu bapa, penjaga dan pendidik juga mempunyai asas tersendiri sekiranya bimbang untuk menghantar anak ke sekolah.
“Mereka masih takut, bimbang, gusar dan gelisah terhadap situasi semasa memandangkan kita lihat statistik meningkat.
“Sekolah pun kes bukan satu dua, semakin lama nampak makin ramai yang dijangkiti,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#sekolah
#pelajar
#guru
#pendidikan
#anak
#COVID-19
#PIBGN
#Datuk Mohamad Ali Hasan
#PPD
#Pejabat Pendidikan Daerah
#bimbang
#khuatir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan