ALOR SETAR: Penduduk di sekitar Yan diingatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri untuk menangkap beruang matahari yang tersesat di Kampung Kabu Sepuluh, Selengkoh Tengah dekat Sungai Limau, Yan sejak pagi tadi.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah, Jamalul Nasir Ibrahim berkata, ini berikutan beruang terbabit yang bertindak agresif berkemungkinan dalam keadaan lapar dan terancam.
Beliau berkata, pihaknya juga yakin beruang matahari itu dipercayai tersesat dari habitat asalnya di Gunung Jerai.
"Sebaik sahaja menerima aduan daripada orang awam, sekumpulan anggota Perhilitan diarahkan ke lokasi bagi operasi menangkap beruang itu.
"Kawasan sawah yang luas menyukarkan operasi menangkap beruang berkenaan. Beruang itu memang nampak seperti jinak tapi ia sangat merbahaya, orang kampung jangan ambil tindakan sendiri atau cuba kepung haiwan ini.
“Anggota dalam usaha mengesan beruang terbabit yang kini bersembunyi di dalam sawah padi dan anggota akan tembak menggunakan ubat pelali," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, hari ini.
Jamalul Nasir memaklumkan, sekiranya operasi menembak ubat pelali gagal, pihaknya akan memasang perangkap bagi menangkap beruang matahari itu.
Katanya, operasi itu akan dilakukan dengan kerjasama anggota bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM)
"Setakat ini kita belum mengenal pasti jantina beruang itu dan fokus utama kita sekarang untuk menangkapnya secepat mungkin bagi mengelak kejadian tidak dingini berlaku lagi," ujarnya.
Dalam kejadian jam 10 pagi tadi seorang pegawai bomba bantuan cedera di tangan kiri selepas digigit haiwan terbabit ketika cuba menangkap beruang matahari menggunakan tali di kawasan sawah.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Feb 02 2023
Penduduk di sekitar Yan diingatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri untuk menangkap beruang matahari yang tersesat di Kampung Kabu Sepuluh, Selengkoh Tengah dekat Sungai Limau, Yan sejak pagi tadi, kata Jamalul Nasir Ibrahim (gambar kecil).
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Perhilitan Terengganu tangkap beruang matahari jantan sesat
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu berjaya menangkap seekor beruang matahari jantan dalam satu operasi di Kampung Kubang Ikan, Jertih.
Perhilitan tangkap gajah, beruang matahari di Kuala Krai
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap seekor gajah liar dan beruang matahari di Kuala Krai, semalam.
Perhilitan tangkap beruang matahari betina berkeliaran di Jeli
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap seekor beruang matahari betina yang berkeliaran di sekitar kebun di Kampung Sungai Satan, Jeli semalam.
Perhilitan tangkap seekor lagi beruang matahari di Tanah Merah
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap seekor lagi beruang matahari di Kampung Air Asahan Hulu.
Perhilitan tangkap beruang matahari betina di Tanah Merah
Perhilitan Kelantan menangkap seekor beruang matahari betina di Kampung Air Asahan Hulu, Tanah Merah, hari ini.
Beruang matahari rosakkan kebun kelapa masuk perangkap
Haiwan tersebut memasuki perangkap yang dipasang anggota Perhilitan selepas menerima aduan berhubung serangan hidupan liar itu pada 28 Februari lalu.
Peserta ternakan kelulut UMT rugi RM30,000 akibat serangan beruang matahari
Kejadian disedari oleh seorang daripada peserta kira-kira 8 pagi tadi ketika mahu membersihkan kawasan ternakan kelulut itu.
Penduduk gusar beruang masuk kampung
Seorang mekanik kereta di Kampung Padang Tapong dikejutkan dengan kehadiran seekor beruang matahari di kawasan rumahnya pada malam Isnin.
Perhilitan Kelantan tangkap beruang matahari di Jeli
Beruang matahari tersebut merupakan seekor daripada dua yang dikesan berkeliaran di kampung tersebut sejak September lepas.
Lega beruang matahari masuk perangkap
Penduduk di Kampung Jerek akhirnya berlapang dada apabila seekor beruang matahari yang berkeliaran dan bersarang di situ telah masuk ke perangkap dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman N